BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rayuan Warga Malaysia, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Tentera Israel

ammar

Anak Kapal Zaytouna-OlivaRayuan Warga Malaysia, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang Ditahan Tentera Israel

Seorang warga Malaysia antara yang terlibat dalam penahanan oleh tentera Israel. Kapal Zaytouna-Oliva membawa misi dinamakan sebagai “Women’s Boat to Gaza”, ia adalah sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition yang menyokong kapal pro-Palestinian yang cuba memasuki Gaza dan cuba menentang sekatan haram Israel ke atas Gaza sejak tahun 2007.

Menurut pegawai atasan tentera, penumpang Zaytouna-Olivia itu tidak melawan apabila tentera mengambil alih kapal itu.

Dr. Fauziah Hassan adalah wakil tunggal Malaysia dan merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah NGO Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu. Ia dilaporkan terputus hubungan 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza.

Dr. Fauziah Hassan menggesa semua pemimpin dunia, kerajaan dan rakyat Malaysia serta mereka yang cintakan keamanan bertindak membebaskan semua 13 aktivis keamanan yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.

Menerusi rakaman video mesej SOS beliau dan aktivis lain yang dimuat naik di wbg.freedomflotilla.org apabila mereka ditahan ketika dalam misi memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza.

Video Dr. Fauziah Hassan yang berdurasi 1.03 minit itu turut menyatakan penghargaan terhadap semua pihak yang menyokong dan berdoa agar mereka selamat.gambar kapal zaytouna oliva

ARTIKEL LAIN  Suspek Buruan Polis 6 Minggu "Bersembunyi" Jadi Pelatih PULAPOL Kuching
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pasaraya
    Menjijikkan! Ikan Bilis Bercampur Tahi Anjing Dalam …
    September 28, 2017 0
  • gambar lelaki gemuk tipu duit orang.jpg
    Hati-Hati Dengan Lelaki Gemuk Penipu Ini
    December 29, 2015 7
  • minyak
    Rakyat Marah Harga Minyak Tidak Naik 5 …
    April 26, 2018 0
  • Safiey Ilias Jutawan Kosmetik.png
    Alhamdulillah… Jutawan Komestik Terkenal Ini Kini Peroleh …
    April 16, 2016 5
  • rohingya di langkawi
    Ratusan Rohingya Selamat Mendarat di Langkawi
    June 8, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)