BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

B0ik0t Youtuber Terkenal, Alieff Irfan Kerana Video Ada Unsur Luc@h?

ammar October 16, 2019

Jika anda mengikuti channel youtuber terkenal di Malaysia sudah pasti anda mengenali nama Alieff Irfan.

Channel Youtuber beliau sudah mengumpul sejumlah 1.83 juta subscribers setakat ini, menjadikannya antara youtuber paling terkenal di Malaysia.

Terkenal dengan penghasilan video-video viral membuatkan dirinya cepat meningkat naik di Malaysia.

Bahkan, ramai remaja-remaja yang menjadi penonton setia setiap kali muncul video baru dihasilkan oleh Alieff Irfan.

Tidak hairanlah jika subcribers Alieff Irfan ramai terdiri daripada remaja di Malaysia.

Namun, baru-baru ini Alieff Irfan dikritik hebat oleh netizen apabila beliau memuatnaik satu video bertajuk “Special Armed Force(SAF) yang bergandingan dengan pelakon terkenal Jasmine Suraya.

Alieff Irfan

Video yang dimuatnaik itu dikatakan mempunyai unsur “s0ft p0rn” dan “s4x grooming”.

Beberapa orang mula menyatakan bantahan dan memb0ikot Alieff Irfan antaranya adalah Mohd Fadhli dan beberapa page terkenal seperti Public Health Malaysia dan Orang Kota Bharu.

Mohd Fadhli dalam status facebooknya berkata:

Kita tidak benci Alieff Irfan tapi kita tak suka atau tak setuju dengan videonya yang s0ft p0rn dan ada unsur s4x grooming. Bukan apa, benda benda berunsur s4x ini akan merosakkan pre frontal cortex kita sikit demi sedikit.

Terima kasih kepada semua rakan dan follower yang membantu membuat report. Video berkenaan di channel YouTube Alieff telah hilang dari radar.

Tapi sebentar tadi saya semak kembali tajuk video yang sama di YouTube. Terdapat channel lain yang meng ‘upload’ video yang sama. So, Jom kita report beramai-ramai.

Namun di page Alieff Irfan, video yang sama masih kelihatan. Sekali lagi saya mohon kepada rakan-rakan dan follower untuk kita sama sama report agar video ini dapat di turunkan.

ARTIKEL LAIN  Alamak...Sudah Jadi Kes Polis

Sebenarnya banyak lagi video-video sebegini yang telah di buat atau di rakam oleh individu-individu yang berpengaruh. Saya harap selepas ini kita report sahaja jika kelihatan. Mohon tagged saya agar kita dapat berganding bahu membasmi bersama.

Kepada Alieff Irfan, kami tidak membenci anda. Anda mempunyai talent yang sangat bernilai. Jadikan bakat anda sebagai penarik muda mudi Kelantan ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Kami sentiasa menyokong anda sekiranya karya anda mampu menghilangkan stress kami apatah lagi jika mampu naikkan motivasi dan iman kami itu lebih bernilai.

Tahniah kepada anak Kelantan seperti Syahmi dan Yoe. Karya anda sememangnya terbaik. Syahmi telah menaikkan kemampuan budak bekerpeluan khas agar yakin berhadapan dengan kamera dan masyarakat.

Pemuda begini yang kita mahu contohi. Semoga kita dapat lahirkan YouTuber yang berkualiti. Ayuh sokong YouTuber Anak muda Malaysia!

Menerusi page facebook Orang Kota Bharu, mereka menyeru supaya rakyat Malaysia memb0ikot Alieff Irfan.

Ekoran daripada kecaman yang diterima itu, Alieff Irfan dalam status facebooknya telah memohon maaf atas kesilapannya itu.

Hasil tinjauan kami di facebook dan youtube, video yang dimuatnaik oleh Alieff Irfan itu sudah pun hilang dari carian. Namun ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mula ulang memuatnaik video itu. Tetapi yang pasti bukan dari akaun rasmi Alieff Irfan.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • pakcik halau harimau
    Indentiti Pakcik Halau Harimau Terbongkar, Bukan Calang-calang …
    July 19, 2019 0
  • perdana menteri pakistan
    Kerana Kekayaan Luar Biasa, Mahkamah Pakistan Lucutkan …
    July 28, 2017 0
  • iman
    Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu …
    October 14, 2019 0
  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0
  • khalid samad marah
    Khalid Samad Takut Duit 1MDB(AS$300 JUTA) Hasil …
    April 18, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)