BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Gambar Mangsa Kebakaran Nurul Ain Jururawat Hospital Sultanah Aminah

ammar

Nurul Ain JururawatGambar Mangsa Kebakaran Nurul Ain Jururawat Hospital Sultanah Aminah(HSA)

Susulan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru baru-baru ini, kini beberapa keping gambar seorang jururawat mula viral di laman sosial. Jururawat yang bernama Nurul Ain Syawqah Wardiah dikatakan adalah mangsa yang cedera parah dalam insiden kebakaran itu.

Rata-rata nitizen di media sosial medoakan kesihatan jururawat ini yang sanggup menggadai nyawa nya demi tugas sehinggakan diri ditimpa musibah.

Nurul Ain Syawqah Wardiah berasal dari Termeloh Pahang, segala identiti mengenai jururawat ini tidak banyak didedahkan mungkin bagi memberi penghormatan pada mangsa dan keluarga.

Mengikut laporan Harian Metro Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.

“Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi,” katanya.

gambar-jururawat-hsa-nurul-ain-syawqah-wardiah gambar-jururawat-nurul-ain-hsa-2 gambar-jururawat-nurul-ain-hsa-3 gambar-jururawat-nurul-ain-hsa-4 gambar-jururawat-nurul-ain-hsa-5 gambar-jururawat-nurul-ain-hsa nurul-ain-syawqah-wardiah-mangsa-kebakaran-hsa

 

Dalam kejadian selasa lalu, enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi.

Mengikut senarai maklumat mangsa yang ditulis pihak Bomba, Nurul Ain adalah mangsa yang cedera parah dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Namun, ketika ini tiada sebarang laporan terkini mengenai mangsa ini. 

ARTIKEL LAIN  Jangan Percaya Tabung Derma Kilat. Manusia Durjana Ini Ambil Kesempatan

Jasa dan pengorbanan seorang jururawat ini sangatlah dihargai. Sanggup menggadaikan nyawanya demi tugas untuk berbakti kepada negara.

Sama-sama kita mendoakan supaya jururawat ini selamat dan kembali sihat seperti sedia kala. Amin…

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kisah viral wanita ditinggalkan suami bawa motor dari penang ke kajang.jpg
    Kisah Sebenar Wanita Bawa Motor Dari Penang …
    December 11, 2015 29
  • Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi di AS
    Keluarga Perjelas Isu TG Haron Din Kebumi …
    September 20, 2016 0
  • Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
    Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa …
    March 16, 2017 1
  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • bash
    Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa …
    June 22, 2020 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)