BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Seorang Meninggal Dunia Kerana Puding Buih di Terengganu

ammar

Malaysia hari ini dikejutkan dengan k0rban pertama ker@cunan puding buih di Terengganu.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Bernama, mangsa ker@cunan puding buih yang kritikal di HSNZ meninggal dunia pukul 10.40 pagi tadi kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu.

Mangsa keracunan puding buih itu sebelum ini dilaporkan kritikal sebelum ini disahkan meninggal dunia hari ini.

Mangsa sebelum ini dilaporkan tenat dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu setelah mengalami simptom keracunan.

Pada 22 Mei lalu, seramai 74 individu dikenalpasti keracunan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli dari atas talian.

Angka itu bertambah kepada 99 mangsa pada 27 Mei melibatkan 20 keluarga berbeza. Seramai 77 daripadanya tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 mangsa berasal dari daerah Marang, lapor BERNAMA.

“Daripada 99 pesakit itu, seramai 35 pesakit telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), 10 pesakit dimasukkan ke hospital swasta dan 23 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Seramai 31 pesakit lagi tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital, katanya.

Kebanyakan mangsa mengalami gejala yang sama termasuk cirit-birit, muntah dan demam.

Telur Luput Dalam Puding Buih Punca 99 Individu Keracunan

Penggunaan telur yang telah luput dipercayai menjadi punca 99 individu mengalami keracunan makanan selepas makan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, hasil ujian makmal mendapati penggunaan telur yang lebih dua minggu menjadi punca utama kes keracunan makanan itu.

ARTIKEL LAIN  Gadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan

“Kita memandang serius kes membabitkan keracunan makanan kerana ia membabitkan keselamatan awam.

“Tindakan telah diambil di mana premis terbabit tidak dibenarkan beroperasi selama dua minggu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Alias berkata, kerajaan negeri akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah atau secara atas talian.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Tunggal, berkata pengusaha puding buih itu dikesan tidak mempunyai lesen perniagaan dan tidak melakukan suntikan vaksin penyediaan makanan.

“Kita akan kuatkuasakan prosedur sepatutnya diikuti kepada semua peniaga makanan terutama yang berniaga secara atas talian bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual,” katanya.

Kejadian ini seharusnya dipandang serius oleh pelbagai pihak dan penjual seharusnya memastikan makanan yang dijual bersih dan selamat untuk dimakan.

Pembeli juga perlu peka akan kebersihan makanan yang dibeli. Kita sama-sama boleh mengelakkan perkara ini berlaku jika mengamalkan langkah-langkah pencegahan terbaik.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Azizan Osman Letak Jawatan
    Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks
    October 16, 2016 2
  • kebakaran tahfiz
    Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Diarah Keluar …
    September 28, 2017 0
  • Izzue Islam terima tawaran permaisuri agong
    Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, …
    November 8, 2019 0
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • suspek buruan polis
    Suspek Buruan Polis 6 Minggu “Bersembunyi” Jadi …
    August 16, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)