BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Alamak…Sudah Jadi Kes Polis

ammar

Baru-baru ini viral beberapa keping gambar pengantin yang lengkap dengan pakaian pengantin berwarna kuning dengan pistol di pinggangnya.

Gambarnya viral di media sosial dek kerana kelainan yang dibawa oleh pengantin itu yang kebiasaannya seorang pengantin menyelit keris di pinggang tetapi pengantin ini menyelit pistol di pinggang.

Disebabkan gambarnya itu menjadi perbualan hangat oleh netizen, pengantin tersebut terpaksa berurusan dengan pihak polis atas tindakannya itu.pengantin viral

“Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.

“Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya adakah beliau menyesal atas tindakannya itu, dia menjawab:

“Ada menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara sudah berlaku, saya terpaksa lalui,” kata Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, yang menjadi perhatian selepas menyelitkan pistol mainan pada kain samping ketika majlis persandingannya Ahad lalu.pengantin

“Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya.

“Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat,” katanya.

Majlis resepsi sebelah keluarganya itu berlangsung di Semabok, Melaka selepas dia selamat bernikah dengan isteri, Nur Wahida Norbani, 23, pada 1 Disember 2017.

“Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu.

ARTIKEL LAIN  Hantu Kak Limah 2018 Full Movie Online Pencuri Movie Terbaru

“Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan saya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat macam ini!,” katanya.

Muhammad Saiful Ikhsan berkata sebelum membuat gimik itu dia turut mendapatkan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan pistol mainan.

Diharap kepada rakyat Malaysia seharusnya berhati-hati apabila melakukan perkara yang melibatkan undang-undang bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Mungkin kes ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Bahaya kalau dah kena jumpa polis.berhati-hati dalam membuat satu perkara ye

    January 11, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • gambar rumah teres dua tingkat.jpg
    Pakar Hartanah Jawab Isu Jangan Beli Rumah …
    December 29, 2015 3
  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • minuman hipster tahun 2015 2016.jpg
    Minuman Hipster Yang Mesti Anda Cuba
    January 12, 2016 7
  • Aliff Aziz dan Bella
    Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan …
    July 30, 2017 0
  • biodata datuk red
    Biodata Datuk Red. Bukan Calang-calang, Patutlah Dapat …
    March 31, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)