BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

JDT Tak Puas Hati Media Lapor PKNS Paling Berjaya

ammar

jdtJDT Tak Puas Hati Media Lapor PKNS Paling Berjaya

Amatlah tidak adil kepada Johor Darul Takzim(JDT) apabila ada media besar di Malaysia mendakwa PKNS dan Felda United adalah kelab yang paling berjaya di Malaysia.

Memenangi banyak piala dengan pelbagai pasukan, mencipta sejarah sebagai pemain yang memecahkan rekod memenangi kejuaraan liga untuk tiga tahun berturut turut, memenangi Piala AFC, tetapi negara tidak pandang anda atau mengiktiraf anda. (Petikan kata-kata TMJ)

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa media di Malaysia seperti Astro Arena dan Stadium Astro memperbodohkan diri sendiri apabila menyatakan PKNS dan Felda United adalah kelab yang paling berjaya di Malaysia.

Setiausaha Kehormatnya, Kapten Mohd. Fahmy Yahya berkata, JDT telah memenangi tujuh trofi sejak penubuhan pasukan itu pada tahun 2013, tetapi Astro Arena dan Stadium Astro melaporkan PKNS dan Felda United kelab paling berjaya di negara ini.

Katanya, beliau memaklumkan perkara itu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan baginda mempersoalkan berapa kejuaraan yang pasukan terbabit menangi dan adakah dunia mengenali siapa mereka atau menerima pengiktirafan AFC, FIFA atau WFS.

Kebodohan Tiada Penawar. Pergilah Tidur – TMJ

Tunku Mahkota Johor turut bertitah seperti berikut: “Awak tidak boleh membekukan matahari. Begitu juga dengan sifat kebodohan. Kebodohan tiada penawar. Pergilah tidur”

Mohd. Fahmy dalam pada itu menegaskan, JDT satu-satunya kelab di Malaysia memiliki lesen AFC, mempunyai ‘blueprint’ program pembangunan belia. JDT juga satu-satunya kelab Asia Tenggara memenangi Piala AFC serta mara ke peringkat separuh akhir untuk dua tahun berturut-turut.

Menurut beliau, JDT memiliki stadium sendiri dan kemudahan latihan terbaik di Asia Tenggara serta mempunyai ‘blueprint’ untuk mengekalkan kewangan kelab dan berjaya menandatangani pemain tempatan dan luar negara.

ARTIKEL LAIN  Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan "Datuk" Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United

JDT Membuat Wang, Bukan Minta Wang Dari Kerajaan

“Kami telah diberi pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan satu-satunya kelab yang telah menjalin hubungan dan kerjasama dengan kelab-kelab terkemuka Asia dan Eropah. Kami telah berkembang semakin besar dari setahun ke setahun,” katanya.

Kata beliau lagi, JDT juga satu-satunya kelab di negara ini membeli pemain yang ada nilai harga seperti Juan Martin Lucero . Dia dibeli pada harga USD1.5 juta dan menjualnya dengan harga USD2.5 juta. Penjualan Jorge Pereyra Diaz juga memberi keuntungan USD1 juta kepada JDT.

“Kami membuat wang. Kami tidak meminta bantuan wang dari kerajaan, berhutang dan kami tidak bermain permainan meraih simpati,” katanya.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • orang gemuk
    Lelaki Boroi Ini Buktikan Untuk Jadi “Fighter …
    September 29, 2017 0
  • Hidayah Muslimah 2
    Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb …
    January 10, 2017 2
  • tmj siapa
    Dihentam Kerana Tiada di Stadium Semasa Sukan …
    August 18, 2017 2
  • TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    Sah! TMJ Setuju Terima Jawatan Presiden FAM
    February 6, 2017 1
  • mario gomez
    Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan …
    January 19, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)