BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Padu Nak Mampos! Video Gol Safawi Rasid Ini Patut Masuk Anugerah Puskas

ammar

Video Gol Safawi Rasid. Nampaknya pasukan skuad bolasepak kebangsaan Malaysia meneruskan rentak kecemerlangan apabila sekali lagi mencipta kemenangan pada perlawanan antarabangsa. Semalam pasukan Malaysia, Harimau Malaya bertemu Solomon Island dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1.

Pada perlawanan separuh masa pertama seluruh rakyat Malaysia terkejut apabila pasukan pelawat Solomon Island menjaringkan gol pertama hasil jaringan dari pemain mereka, Raphael Lea’i pada minit ke-11. Gol itu dijaringkan kerana penjaga gawang pasukan Malaysia terlalu awal keluar untuk menangkap bola lalu dihukum.

Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk bangkit membalas gol pada minit ke-40 perlawanan menerusi Paulo Josue (40′). Seterusnya sebelum babak separuh masa pertama tamat, pemain muda paling bernilai di Malaysia iaitu Arif Aiman Hanapi berjaya menjarigkan gol untuk sepakan penalti pada minit 45’+2. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan Malaysia mendahului 2-1.

Masuk separuh masa kedua, pasukan Harimau Malaya semakin agresis melancarkan serangan namun banyak peluang terhidang tidak berjaya disempurnakan.

Memecah kebuntuan, pada minit ke 77, Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol cantik “volley goals” yang membuatkan seluruh penyokong di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terpaku. Ada sebahagian penyokong bolasepak Malaysia berpendapat bahawa gol yang dijaringkan oleh Safawi Rasid itu perlu dipertandingkan untuk anugerah Puskas. Untuk menonton video jaringan Safawi Rasid boleh tonton video di bawah ini.

Video Gol Safawi Rasid Ketika Perlawanan Malaysia vs Solomon Island

Tidak mahu pulang dengan tangan kosong, Lee Tuck turut menjaringkan gol keempat Malaysia pada minit ke 90’+1 perlawanan. Jaringan Lee Tuck ini sebagai jaringan penutup bagi perlawanan malam semalam. Malaysia menang dengan keputusan 4-1 menentang Solomon Island.

ARTIKEL LAIN  Video Donald Trump Dibelasah Teruk Oleh Stone Cold Steve Austin
Video Gol Safawi Rasid

Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya mencipta kemenangan di dalam perlawanan persahabatan kali ini.

Prev Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • TMJ Dedah Bukti Penyelewengan
    TMJ Dedah Bukti Penyelewengan Tan Sri Ketika …
    January 12, 2017 0
  • mario gomez
    Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan …
    January 19, 2017 0
  • Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi Jutawan
    Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas …
    October 12, 2016 0
  • Penyokong Kelantan Mengamuk
    Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks …
    April 13, 2017 0
  • Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player JDT
    Aksi Pemain 5 Juta Di Ayam-Ayamkan Player …
    November 6, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)