BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Al Fatihah, Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Penggiat Seni

ammar

suami nora meninggal duniaAl Fatihah, Malaysia Kehilangan Seorang Lagi Penggiat Seni

Al-Fatihah, seawal pagi ini jumaat 24 Mac 2017 Malaysia kehilangan seorang lagi penggiat seni yang aktif di Malaysia. Komposer Johan Nawawi yang juga suami kepada Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya di sini awal pagi ini.

Isterinya Nora(penyanyi) mengesahkan berita itu dalam satu kiriman ringkas mesej suara.

Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Berita ini sudah pasti mengejutkan semua peminat. Salam takziah diucapkan kepada Nora dan keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

ARTIKEL LAIN  Setelah 14 Tahun, Mawi Dedah Apa Yang Terjadi Kepada Kereta Yang Dimenanginya
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Wan Syahida

    Alfatihah… semoga Arwah ditempatkan di dalam orng-org yang beriman…

    March 26, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 17
    August 10, 2016 0
  • wajah-terkini-nik-adruce-pelakon-filem-tentang-bulan
    Wajah Terkini Nik Adruce Pelakon Filem Tentang …
    July 13, 2015 0
  • fattah amin dan fazura
    Kecoh! Neelofa Hilang Apabila Fattah & Fazura …
    June 21, 2017 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18
    August 11, 2016 0
  • Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari
    Drama Pengantin 100 Hari Episod 12 Samarinda …
    July 18, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)