Saya Ada Sejuta Sebab Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia
Pada bulan Februari lepas ibu kepada Diva Azwan Ali dan juga merupakan ibu kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah meninggal dunia.
Semasa majlis pengkebumian ibunya itu kelihatan kelibat YB Menteri Besar Selangor, Azwan Ali mengangkat jenazah ibunya itu. Namun, langsung tidak kelihatan kelibat Azwan Ali pada majlis pengkebumian ibunya.
Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia.
Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan Melodi baru-baru ini. Tonton video di bawah.
“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila Maknya sendiri meninggal dunia. Saya ada sejuta sebab kenapa saya tidak langsung menghadiri”.
“Saya tak pergi melawat jenazah dan saya tidak berada di tanah perkuburan, tetapi saya akan menjawab dengan Allah SWT sebab Allah Maha mengetahui kenapa saya tidak berada di sisi jenazah” – Azwan Ali
Senang dan mudah jawapan yang diberikan oleh Azwan Ali ini. Apa-apa pun kita semua mesti ingat syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Jadi, berbuat baiklah kepada ibu.