BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank Dinasihat Berwaspada

ammar

Tolong sebarkan kepada semua mengenai maklumat ini. Nampaknya jenayah penipuan di Malaysia masih berleluasa dan terbaru polis mengesahkan wujud sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank.

Info ini ditujukan kepada semua pemilik akaun bank khususnya pemilik akaun Maybank. Anda dinasihatkan berhati-hati jika menerima panggilan yang mengatakan ia dari Maybank.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Katanya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa, katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan platform voice over internet protocol (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP, katanya.

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, pegawai palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Sumber Asal: Harian Metro

Sebarkan info ini supaya tidak ramai yang terkena dengan penipuan ini.

ARTIKEL LAIN  Inilah Lokasi Setiap Negeri Untuk Dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD)
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pasaraya
    Menjijikkan! Ikan Bilis Bercampur Tahi Anjing Dalam …
    September 28, 2017 0
  • Status2520Terakhir2520Mangsa2520Nahas2520LPT2
    Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Seperti Tahu …
    October 19, 2015 0
  • tong gas
    Awas! Jangan Beli Jika Tong Gas Ada …
    October 12, 2016 1
  • siapa2520pengasas2520fahaman2520komunis1
    Inilah Pengasas Fahaman Komunis Yang Menafikan Kewujudan …
    September 22, 2015 1
  • kerja tidak bermaruah
    Tindakan Mengejutkan UPM Setelah Pensyarah Keluar Kenyataan …
    October 14, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)