BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hukum Tanam Jambang, Janggut Dan Rambut

Islah Ibrahim November 21, 2022

Jom kita ketahui bagaimanakah pandangan islam mengenai hukum tanam jambang, tanam janggut atau rambut. Dalam isu menanam rambut ini, ianya biasa dilalui dalam beberapa kaedah, iaitu

  1. Menanam rambut sendiri dengan cara mengambil rambut dibahagian lain dari anggota badan. Contohnya, seseorang yang botak tengah, keadaan ditengah kepala tiada lagi rambut dan untuk dia membantu penumbuhan semula, adalah dengan cara mengambil di bahagian tepi kepala dan ditampal semula di tengah. Iini disebut sebagai penanaman rambut sendiri
  2. Kaedah lain ialah bukan ditanam, tetapi disambung. Contoh rambut sudah sedia ada, cuma ingin menambah lagi panjang yang disebut sebagai hair extension

Penerangan Masalah Tanam Jambang

hukum tanam jambang
Hukum Tanam Jambang, Janggut Dan Rambut 2

Sekarang kita telusuri pula masalah tanam rambut dan bagaimana hukumnya dalam islam.

Perbuatan menanam jambang ini adalah aktiviti memindahkan helaian bulu yang diambil dari bahagian badan yang lain kemudian dipindahkan ke garis rahang muka dimana-mana sahaja titik ingin ianya tumbuh.

Dalam isu ini, hal ini berbeza dalam perkara menanam jambang untuk mereka yang tidak berjambang dengan mereka yang sedia berjambang secara fitrah. Tambah pula islam menggalakkan bagi lelaki yang telah tumbuh janggut sedia ada untuk dibiarkan ianya terus tumbuh secara semulajadi.

Rasulullah S.A.W bersabda:

” berbedalah (berbeza) kalian dengan orang musyrikin, simpanlah janggut dan potonglah misai”

berdasarkan hadis ini, tiada sebarang bukti atau perintah yang membolehkan dilakukan rawatan dengan sesuatu yang boleh melebatkan janggut itu atau jambang. Termasuk dalam perbuatan menanam.

Perbuatan ini dianggap tiada keperluan dan satu perbuatan mengubah ciptaan Allah S.W.T kerana hanya semata-mata ingin tampak berimej kelakian. Maka ianya tidak dibolehkan

Dalam keadaan yang lain, ada juga mempunyai masalah janggut yang tidak lebat dan gugur kerana sakit atau berpunca dari kemalangan. Ini pula adalah kategori merawat masalah dan usaha untuk menghilangkan kerosakan atau aib yang mungkin memberikan kesan kepada seorang lelaki. Mungkin nampak cacat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, syaratnya mesti bertujuan pembedahan rawatan dan bukan pembedahan kosmetik.

Berdasarkan hujah ini, maka majlis fatwa memutuskan hukum tanam jambang dengan kaedah menanam di atas tujuan penampilan imej lelaki semata mata adalah dilarang. Ianya merupakan rawatan kosmetik yang berusaha mengubah ciptaan Allah S.W.T. Ianya akan dibenarkan sekiranya keperluan mendesak dan bukan untuk kecantikan (tahsiniyah).

ARTIKEL LAIN  Cara Tebus Kredit E-Tunai Belia Rahmah RM200

Manakala dalam keadaan penanaman jambang untuk tujuan menutup kecacatan kerana terbakar, ditimpa penyakit, hukumnya adalah harus dengan syarat diambil dari bulu anggota badanya sahaja.

Penerangan dari sejarah Islam Dalam Masalah Tanam Rambut

Dalam satu kisah yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W , ada seorang wanita datang bertemu Rasulullah untuk bertanya dan dapatkan penjelasan mengenai menyambung rambut ini. Pada masa itu, anak perempuannya ingin berkahwin, tetapi rambutnya pendek dan tidak cukup panjang. Dia bertanya bagi pihak anaknya supaya anaknya kelihatan canti semasa hari perkahwinan nanti

Masa Rasulullah menjawab

“Allah akan melaknat wanita yang sambung rambut dan minta untuk disambungkan”

(Hadir Riwayat Muslim)

Ianya jelas haram berdasarkan hadis ini. Dalam keadaan lain, tetap berlaku perselisihan pendapat atau khilaf dimana ada beberapa keadaan, ianya dibolehkan dan keadaan yang tidak dibolehkan.

Hukum Tanam Rambut

Merujuk kepada Majlis Fatwa hasil daripada keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor , masalah hukum tanam rambut telah diputuskan bahawa

“menanam rambut di kepala adalah harus hukumnya dengan syarat tanam rambut tersebut adalah dengan menggunakan rambutnya sendiri serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan tidak bahan unsur najis yang boleh mendatangkan sebarang kesan yang memudaratkan”

Berikut adalah ringkasan bagi hukum tanam jambang, janggut dan rambut

PerbuatanTujuanHukum
Tanam rambutKecantikan untuk perkahwinanHaram
Tanam rambutKerana rambut gugur, menjaga rupa, memelihara aibHarus
Tanam JambangMencantikkan diri, meningkatkan imej kelakianHaram
Tanam JambangRawatan untuk menutup kecacatan, aibHarus
Tanam JanggutMencantikkan diri, meningkatkan imej kelakianHaram
Tanam JanggutRawatan kerana gugur, sakit, kemalanganHarus
Hukum Tanam Jambang,Janggut dan Rambut

Persoalan hukum tanam jambang ini semakin menjadi perdebatan sekarang ini berikutan ramai dalam kalangan selebriti yang bertindak sedemikian dan menjadi ikutan masyarakat. Maka pendedahan ini adalah usaha untuk memberikan penjelasan sewajarnya khusunya umat islam demi memelihara umatnya dari mengikuti budaya mengubah ciptaan Allah. Hukum tanam jambang, janggut dan rambut dalam laman ini cuba membantu anda dengan ringkas dan mudah.

Semoga pembacaan anda pada kali ini dapat memberikan penjelasan yang jelas dan ringkas bagi memudahkan anda mengetahui Hukum tanam jambang, janggut dan rambut. Islam sangat menjaga hambanya untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Namun islam masih memberikan kelonggaran jika berlakunya perkara-perkara mendesak seperti rawatan dan kaedah untuk memelihara kehormatan seseorang itu.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 3
    Semakan Bantuan MAIDAM 2022 Dan Syarat Permohonan …
    November 23, 2022 0
  • ke luar
    Memburukkan Kerajaan 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke …
    October 20, 2016 0
  • Gambar-Proses-Mencabut-Kutu-Sengkenit-Di-Kepala-Ular
    Gambar Proses Mencabut Kutu Sengkenit Di Kepala …
    July 28, 2015 1
  • mysalam
    mySALAM 2023 Cara Permohonan Tuntutan Penyakit Kritikal …
    November 29, 2022 0
  • tips dan cara nak jadi kaya.jpg
    Tips dan Cara Untuk Menjadi Kaya
    November 25, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)