BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2

ammar

kadar bayaran tol lebuhraya LPT2

Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2

Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2. 10 plaza tol bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) telah mula beroperasi pada 7 Julai 2015, namun tidak dikenakan sebarang bayaran sebelum ini. 

Menerusi maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), bayaran tol akan mula dikenakan kepada pengguna.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran tol itu akan mula dikenakan kepada pengguna lebuh raya selepas beberapa kali tertangguh dan diberikan laluan secara percuma sejak dua tahun lalu.

Mulai 15 Julai 2016 ini pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2) akan dikenakan caj bayaran tol apabila melalui lebuhraya itu. Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menangguhkan bayaran tol bagi meringankan beban kepada anak-anak Pantai Timur yang ingin pulang untuk beraya di kampung halaman.

Tarikh 15 Julai 2016 adalah tarikh yang tepat sekali untuk memulakan kutipan tol di LPT2 kerana tidak melibatkan musim cuti sebarang sambutan perayaan.

Senarai Plaza Tol di LPT 2

Kutipan tol di LPT2 melibatkan 10 plaza tol iaitu:

  1. Plaza Tol Cheneh
  2. Plaza Tol Chukai
  3. Plaza Tol Kijal 
  4. Plaza Tol Kerteh
  5. Plaza Tol Paka
  6. Plaza Tol Kuala Dungun
  7. Plaza Tol Bukit Besi
  8. Plaza Tol Ajil
  9. Plaza Tol Telemong
  10. Plaza Tol Kuala Terengganu

Kadar Bayaran Tol di Setiap Plaza Tol LPT2

Kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12sen/km bagi kenderaan Kelas 1(kereta). Sebagai contoh pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak 19.70.kadar bayaran tol lebuhraya pantai timur 2 LPT2

Berikut adalah kenyataan media: Kutipan Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 15 Julai 2016.

ARTIKEL LAIN  Senangnya Buat Pomade, Video Ini Tunjukkan Cara Buat Pomade Langkah Demi Langkah

kenyataan media kutipan tol di lpt 2kenyataan media kutipan tol di lpt 2 2

Walaupun keputusan telah dibuat, masih ada lagi yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan keputusan kutipan tol di LPT2 ini. Hal ini demikian kerana salah satu sebab adalah keadaan jalan di LPT2 sangat merbahaya dan risiko kemalangan yang tinggi. Adakah wayar membayar?

Adakah anda setuju dengan keputusan kerajaan untuk memulakan kutipan Tol di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) ini? Kemukakan sebarang komen atau cadangan anda di ruangan komen di bawah.

Prev Article
Next Article

6 Comments

  1. mohd haswan bin mohd nasir

    Saya tidak bersetuju dengan kutipan tol lpt 2.

    July 14, 2016
  2. Landau

    Saya tidak setuju dgn caj bayaran tol LPT2 yg terlalu tinggi. kerana keadaan jalan di LPT2 sangat merbahaya dan risiko kemalangan yang tinggi.

    July 15, 2016
  3. Haha

    Adakah wayar membayar??xwayar!..xwayar!

    July 16, 2016
  4. MySemakan

    Moga kadar tol LPT2 dapat dikurangkan

    August 16, 2016
  5. Madi

    Sy tidak setuju di kenakan bayaran tol atau harga tol yg tinggi di LPT2,sebab sy ada dengar penjelasan bekas MB terengganu di youtube mengatakan kos buat LPT 40% duit dari kerajaan terengganu dan berbeza dari lebuhraya yg lain kerana di tanggung semua oleh kerajaan pusat..wallahualam..

    October 9, 2016
  6. Double

    Comen pon x guna

    June 22, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0
  • kwsp epf iakaun benefits must know js2
    Cara Daftar i-Akaun Secara Online Tanpa Ke …
    November 24, 2022 0
  • kereta sewa segambut kuala lumpur.jpg
    KERETA SEWA SEGAMBUT KUALA LUMPUR
    December 24, 2015 0
  • Masih Ada Yang Tidak Tahu Cara Berwuduk Dengan Sempurna. Ikuti Cara Berwuduk Yang Betul
    Niat Wudhu Cara Bacaan Rumi dan Arab …
    December 8, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)