BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah Adab Basuh Beras Yang Sebaik-baiknya

ammar

Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?

Tetapi kadangkala bukannya kita tidak tahu tetapi selalu terlepas pandang benda yang kecil ini. Ya, ianya nampak kecil tetapi besar kesannya.

Pernah tak kita makan makanan yang mak atau nenek kita masak, sedap dia lain macam kan? Bila minta resepi, kita pun berialah mencuba. Tapi, rasanya tidak sama. Betul kan?

Setiap kali kita tanya pada mak, apa rahsia untuk masak sedap ni, jawapannya tetap sama. Sedap sebab air tangan ibu.

Kita imbas kembali. Ingat tak pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras tu ikut lawan putaran arah jam.

Kadangkala kita lupa pesanan yang mudah macam ni kan. Tapi banyak manfaat tau.

Mengikut kajian, apabila masakan atau minuman yang kita kacau mengikut arah lawan putaran jam, pusingan itu akan memberikan tenaga positif bagi makanan atau minuman tersebut. Selain tu, kita pun akan rasa bersemangat untuk memasak. Semangat kita tu akan di salurkan kepada makanan yang kita masak.

Adab Basuh Beras Mengikut Islam

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.

2. Gaulkan beras arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)

3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
“Laisa la ha min dunillahi kastyifah”

Maksudnya: Tidak ada penyembuh selain dari Allah

4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih.

Sambil membasuh beras itu berselawatlah dan amalkan doa.

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.

ARTIKEL LAIN  Subhanallah...Ica peluk bapa, minta diajar mengucap

dan

“Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”

Serta

“Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi”

Mohon kongsikan info ini jika merasakan ianya bermanfaat.

Info Tambahan

Adakah anda tahu bahawa perlakuan atau kejadian yang mengikut arah putaran lawan jam?

  • Tawaf dalam ibadah haji mengikut arah lawan jam
  • Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam
  • Peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam
  • Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam
  • Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam
  • Pusingan atom mengelilingi nukleus

Jadi, sama-sama kita amalkanlah adab membasuh beras ini. Semoga keluarga kita memakan makanan yang halal, bersih dan sebaik-baiknya serta diredhai oleh Allah. Insyaallah.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Mama

    Assalamualaikum. Terdapat satu ayat dlm al Quran iaitu ayat 58, surah an Najm, spt berikut…

    Quran – 53:58
    ‏ ليس لها من دون الله كاشفة.
    laisa laha min dunillahi kasyifah

    Adakah ayat yg ini yg dibaca ketika membasuh beras atau ayat “Laisa la ha min dunillahi kastyifah” seperti dlm post di atas?

    Mohon pencerahan.

    🤭Maaf, sy x pandai bahasa Arab. Mohon tunjuk ajar.

    December 11, 2020

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • LOGO IPG 2010.jpg
    Permohonan IPG 2023 Dan Syarat Kemasukan
    December 27, 2022 1
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 4
    Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Niat …
    January 7, 2023 0
  • apakah2520hukum2520makan2520semeja2520dengan2520orang2520minum2520arak
    Apakah Hukum Makan Semeja Dengan Orang Minum …
    October 23, 2015 1
  • cara tukar password unifi.jpg
    Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi
    January 24, 2016 15
  • cara2520nak2520tahu2520rayban2520original1
    CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
    September 11, 2015 5

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)