BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Insurans Third Party Kereta dan Motor Murah Beserta Harga

ammar September 26, 2017

Insurans Third Party Kereta dan Motor Murah Beserta Harga

Insurans Third Party. Adakah cukai jalan anda sudah tamat tempoh atau akan tamat tempoh beberapa hari sahaja lagi? Jika ya, mungkin anda sedang berfikir insurans apakah yang anda mahu beli sebelum memperbaharui cukai jalan(roadtax) kereta atau motosikal anda.

Bagi memudahkan anda, kali ini kami ingin kongsikan senarai beberapa insurans third party untuk kereta dan motosikal.

Apa Itu Insurans Third Party?

Dalam bahasa mudahnya insurans 3rd party adalah insurans dimana anda membayar untuk kos baikpulih kereta orang lain jika berlaku kemalangan. Sebagai contoh anda terlibat kemalangan dan melanggar kereta Nur Sajat. Kereta anda dan Nur Sajat rosak. Dalam kes ini anda tidak boleh claim kos baikpulih kereta anda tetapi Nur Sajat boleh claim kos baikpulih keretanya menggunakan insurans anda. Itulah maksud insurans “3rd Party“.

Apa Beza Insurans Third Party dan First Party?

Harga-Beza yang paling ketara  insurans 1st party dan 3rd party adalah dari segi harga. Harga insurans 1st party lebih mahal daripada harga insurans 1st party. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang memilih untuk membeli insurans 3rd party.

Kos Baikpulih Jika Kemalangan– Seperti diijelaskan di atas tadi, insurans 3rd party adalah insurans dimana anda membayar untuk kos baikpulih kereta orang lain jika berlaku kemalangan. Manakala insurans 1st party membayar kos baikpulih kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain.

Penyediaan Towing– Jika berlaku kemalangan dengan insurans first party anda tidak perlu membayar kos towing kerana ianya termasuk di dalam insurans. Manakala insurans third party anda perlu keluarkan duit poket sendiri untuk membayar kos towing jika berlaku sebarang kemalangan.

Cermin Kereta– Memandangkan harga untuk cermin kereta adalah mahal jadi anda juga boleh insuranskan cermin kereta anda. Jika cermin kereta anda pecah anda boleh claim melalui insurans yang anda beli. Biasanya insurans first party menawarkan insurans untuk cermin kereta dan third party selalunya tidak(kecuali jika anda tambahan).

ARTIKEL LAIN  Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji

Insurans Third Party Kereta

Insurans Third Party Kereta Mana Paling Murah?

Mengikut pegalaman kami sebelum ini, terdapat beberapa insurans thirdy party yang murah antaranya adalah:

1.Takaful Malaysia

2.Liberty Insurance

3.Pacific & Orient Insurance Co. Berhad

4.Etiqa Insurance

Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui harga insurans 3rd party ini.

1 2

2 2

4 2

Kesemua harga insurans 3rd party di atas tidak melebih RM400 untuk setahun. Gambar di atas ini menggunakan insurans Takaful Malaysia, Liberty Insurance, dan Pacific & Orient Insurance Co. Berhad dengan kereta cc yang berbeza.

Ini adalah sedikit pengalaman kami membeli insurans third party untuk kereta buatan Malaysia dan kereta buatan luar negara. Untuk kereta buatan Malaysia sudah tentulah harga insurans lebih mahal dari harga cukai jalan(roadtax). Manakala untuk kereta buatan luar negara harga cukai jalan(roadtax) lebih mahal tiga kali ganda dari harga insurans third party. Ini antara sebabnya kenapa kami memilih untuk membeli insurans third party sahaja.

Tetapi bagi yang mempunyai lebihan duit yang tidak digunakan kami cadangkan anda supaya membeli insurans first party. Dengan insurans first party, banyak manfaat yang diperolehi jika berlaku sebarang kemalangan.

INFO TAMBAHAN: Insurans third party mempunyai dua jenis iaitu third party dan third party fire and theft.

Secara ringkasnya insurans third party fire and theft mempunyai manfaat seperti berikut:

  • Bantu anda membayar kerugian kenderaan yang anda langgar
  • Meggantikan kenderaan anda jika berlaku kecurian
  • Menggantikan kenderaan anda jika berlaku kebakaran
Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Insurance Kereta Murah 2017
    April 12, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • 6 Sebab Kenapa Lelaki Tertarik Dengan Gadis Nerd
    6 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Tertarik Dengan …
    September 27, 2016 0
  • 310170703 194068256320348 4343605471957286114 n
    Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Terkini dan Cara …
    November 27, 2022 0
  • 316244523 589873376481090 1244275979299232489 n
    Bantuan Sara Hidup 2023, Semakan dan Cara …
    November 28, 2022 0
  • Biskut Berasap
    Bahaya Makan Biskut Berasap, Ini Jawapan Dari …
    December 22, 2016 2
  • ppr sandakan sayangsabah
    Permohonan Perumahan PPR 2023 Online dan Semakan …
    December 7, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)