BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semak Baki LPPSA Online Melalui Portal LPPSA Dan MyFinancing

Islah Ibrahim December 6, 2022

Sekiranya anda adalah penjawat awam yang sedang membuat pinjaman perumahan LPPSA , setelah anda bayar pinjaman dalam satu tempoh tertentu, pasti anda ingin mengetahui berapakah baki pinjaman LPPSA anda yang masih tinggal. Kini anda boleh buat semak baki LPPSA secara online sahaja untuk mengetahui jumlah baki pinjaman perumahan kerajaan anda.

Pihak Sistem Pengurusan Pembiayaan telah menyediakan portal rasmi melalui Portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam untuk kemudahan semakan secara atas talian.

Kenali Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

LPPSA dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) sebelum ini dan ditubuhkan pada tahun 2016. Badan ini wujud sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menguruskan pembiayaan perumahan untuk penjawat awam. Setiap tahun, pihak LPPSA telahpun meluluskan sebanyak 40,000 permohonan dengan kadar penolakan yang rendah untuk penjawat awam.

Cara Semak Baki LPPSA Secara Atas Talian

Disini dikongsikan kepada para penjawat awam bagaimana untuk membuat semakan baki LPPSA anda secara online atau atas talian.

Para penjawat awam boleh membuat semak baki LPPSA menggunakan dua kaedah iaitu

  • Melalui Portal LPPSA iaitu Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)
  • Menggunakan aplikasi MyFinancing (Guna Telefon Pintar)

1. Semakan melalui Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)

Para penjawat awam yang ingin membuat semakan di Portal SPPB perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkahnya:

NOLANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN SEBELUM SEMAK BAKI LPPSA
1Anda boleh membuat pendaftaran melalui pautan ini PENDAFTARAN BAHARU
2Anda diberikan pilihan klasifikasi perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Anggota Pentadbiran Kerajaan Tempatan/ Badan Berkanun & LPPSA
3Sila pilih gelaran
4Masukkan Nama dan No. Kad Pengenalan
5Sila ikuti langkah-langkah yang diperlukan sehingga anda selepas membuat pendaftaran
Semak Baki LPPSA

Tahniah! Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran, anda akan diberikan akses untuk mendapatkan perkhidmatan seperti berikut:

1. Membuat semakan status permohonan baharu.

2. Semakan Status bayaran kemajuan

3. Mengetahui status baki pinjaman

4. Mengetahui Penyata tahunan

5. Membuat penghantaran hakmilik

6. Urusan pembayaran balik pinjaman

Berikut adalah langkah-langkah untuk Semakan Baki melalui Portal LPPSA

1. Sila layari pautan ke Portal LPPSA berikut : SEMAK BAKI

2. Masukkan ID Pengguna anda iaitu No. Kad Pengenalan

3. Masukkan Kata Laluan

4. Klik Log Masuk untuk masuk ke portal

Banyak lagi perkhidmatan yang disediakan oleh portal ini untuk memberikan kemudahan untuk penjawat awam seperti:

a) Pengiraan Kelayakan menggunakan kalkulator dalam portal ini

b) Melihat penyata tahunan

c) Mengetahui status bayaran balik ( potongan gaji)

d) Mengetahui status bayaran pembiayaan

e) Kemudahan borang atas talian

2. Penggunaan Aplikasi MyFinancing (Telefon Pintar)

Kini penjawat awam boleh menikmati kemudahan membuat semakan dengan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi MyFinancing melalui telefon pintar. Di sini anda boleh semak baki LPPSA dengan lebih pantas

Penjawat awam diminta untuk mendaftar terlebih dahulu aplikasi ini melalui Portal LPPSA sebelum anda memuaturun aplikasi ini di telefon pintar anda. Setelah selesai mendaftar, sila muaturun melalui pautan dibawah.

  • Pengguna Android Google Playstore
  • Pengguna Iphone Apple Store

Melalui aplikasi MyFinancing ini, kemudahan yang diperoleh tidak terhad untuk membuat semakan baki pinjaman sahaja, tetapi juga akses-akses lain seperti

a) Buat semakan status terkini permohonan pembiayaan ( application )

b) Mengetahui jumlah baki pembiayaan

c) Jumlah pengeluaran bayaran

d) Jumlah tunggakan

e) Jumlah ansuran bulanan

f) Semakan akuan pembiayaan

g) Berita terkini mengenai LPPSA

semak baki LPPSA
Semak Baki LPPSA

Kelebihan Mendapatkan Pinjaman Melalui LPPSA

Membuat pinjaman perumahan mungkin mempunyai objektif yang berbeza bagi setiap peminjam. Ada yang sekadar untuk menyempurnakan hasrat untuk memiliki rumah sendiri atau ada juga untuk tujuan pelaburan.

Namun, sekiranya para penjawat awam ingin menyertai pelaburan hartanah, penjawat awam mempunyai banyak kelebihan berbanding pelabur biasa.

Penjawat awam yang ingin membuat pelabauran hartanah boleh membuat permohonan pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dengan pelbagai kelebihan berikut:

  • Mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dan kekal iaitu 4% (tiada kesan kepada kenaikan OPR)
  • Sekiranya membuat potongan luar gaji, tidak dikira sebagai komitmen ( kelayakan membeli rumah menjadi sangat tinggi)
  • Pinjaman adalah 100% tidak kira rumah yang ke berapa termasuk yang melibatkan tanah dan pembinaan
  • Segala elaun dan imbuhan sebagai penjawat awam dikira sebagai gaji kasar ( Bagi bank elaun dan Overtime (OT) akan diambil 50% hingga 80% sahaja

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam urusan pembiayaan LPPSA ini, anda boleh hubungi pihak LPPSA untuk maklumat lanjut

Talian Hotline: 03- 8880 1600

Alamat: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Kompleks Kementerian Kewangan, No.9 Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya

Buat para penjawat awam, perkongsian artikel semak baki lppsa ini diharapkan dapat memudahkan anda mendapatkan rujukan yang tepat untuk mengetahui kaedah-kaedah mengenai pembiayaan LPPSA yang disediakan untuk anda.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Front kvks
    Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan …
    December 3, 2022 0
  • pure white background 85a2a7fd
    Aeon Credit Online Payment: Cara Daftar Dan …
    November 15, 2022 0
  • EC555C30 DE31 4AC0 AF82 B7F3F9D57C63
    Permohonan Dana Raya Terengganu 2023 Online (i-Fitri) …
    February 3, 2023 0
  • Pemberian BR1M Dikaji Semula
    Pemberian BR1M Dikaji Semula Supaya Penyokong Pembangkang …
    November 11, 2016 4
  • Bantuan-RM50-E-Wallet
    Cara Claim RM50 E-Wallet Diumumkan Oleh Kerajaan, …
    June 23, 2020 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)