BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United

ammar

Setelah diambil alih oleh Presiden baru iaitu Bibi Ramjani Ilias Khan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mula fokus untuk memastikan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.

Namun usaha itu sedikit terganggu selepas terdapat dakwaan wujud konspirasi di kalangan pemain dan seorang individu bergelar ‘Datuk’ bagi memusnahkan impian itu.

Bibi Ramjani mengesahkan wujud konspirasi itu dan pihaknya sedang mengenalpasti pemain dan individu terbabit.

Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan bukti dan berharap perkembangan terbaru itu tidak menjejaskan motivasi pasukan.

“Memang ada agenda (luar) yang tengah berlaku… Kita akan cuba dapatkan bukti mengenai hal ini. Semoga kita (semua) bersatu dan kuasa Allah dapat mengatasi segalanya,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Sumber turut mendedahkan perjumpaan individu yang bergelar ‘Datuk’ bersama lima pemain terbabit dikesan berlaku di sebuah hotel bagi memastikan Kelantan tewas kepada Melaka United (MU) pada aksi terakhir Liga Super, 28 Oktober ini sekali gus TRW tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Tambahnya lagi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak pengurusan KAFA sudah berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan pasukan dari jatuh ke saingan Liga Perdana.

“Kita mengesan terdapat perjumpaan lima pemain dengan individu berkenaan, semalam. Individu berkenaan turut menawarkan habuan kepada pemain terbabit,” kata sumber berkenaan.

ARTIKEL LAIN  4 Pemain Ini Bakal Dibuang Kerana Melaka United Kalah 7-0 Dengan JDT
Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan "Datuk" Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United
    October 12, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • ghaddar jdt
    Video Penjelasan Kenapa Jaringan Kontroversi Ghaddar Tidak …
    July 27, 2017 0
  • Juan Martin Lucero
    JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero …
    December 29, 2016 0
  • safiq rahim
    Video Safiq Rahim Pijak Orang, Dihadiahkan Kad …
    October 11, 2017 1
  • Finalis The FIFA Puskas Awards 2017
    Ini Dia 3 Finalis The FIFA Puskas …
    October 11, 2017 0
  • MU kalah 7 0 dengan jdt
    4 Pemain Ini Bakal Dibuang Kerana Melaka …
    April 10, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)