BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Bibi Dedah Konspirasi Pemain dan “Datuk” Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United

ammar

Setelah diambil alih oleh Presiden baru iaitu Bibi Ramjani Ilias Khan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mula fokus untuk memastikan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.

Namun usaha itu sedikit terganggu selepas terdapat dakwaan wujud konspirasi di kalangan pemain dan seorang individu bergelar ‘Datuk’ bagi memusnahkan impian itu.

Bibi Ramjani mengesahkan wujud konspirasi itu dan pihaknya sedang mengenalpasti pemain dan individu terbabit.

Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan bukti dan berharap perkembangan terbaru itu tidak menjejaskan motivasi pasukan.

“Memang ada agenda (luar) yang tengah berlaku… Kita akan cuba dapatkan bukti mengenai hal ini. Semoga kita (semua) bersatu dan kuasa Allah dapat mengatasi segalanya,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Sumber turut mendedahkan perjumpaan individu yang bergelar ‘Datuk’ bersama lima pemain terbabit dikesan berlaku di sebuah hotel bagi memastikan Kelantan tewas kepada Melaka United (MU) pada aksi terakhir Liga Super, 28 Oktober ini sekali gus TRW tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Tambahnya lagi, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak pengurusan KAFA sudah berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan pasukan dari jatuh ke saingan Liga Perdana.

“Kita mengesan terdapat perjumpaan lima pemain dengan individu berkenaan, semalam. Individu berkenaan turut menawarkan habuan kepada pemain terbabit,” kata sumber berkenaan.

ARTIKEL LAIN  Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb Muslimah Ini Capai 50k Carian
Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Bibi Nafi Ada Konspirasi Pemain dan "Datuk" Untuk Pastikan Kelantan Tewas Kepada Melaka United
    October 12, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Faiz Subri
    Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The …
    January 11, 2017 1
  • Juan Martin Lucero
    JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero …
    December 29, 2016 0
  • mario gomez
    Punca Sebenar Mario Gomez Letak Jawatan dan …
    January 19, 2017 0
  • Punca Sebenar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim Bersara
    Punca Sebenar Aidil Zafuan dan Safiq Rahim …
    July 13, 2016 0
  • mesut ozil bersara
    Mesut Ozil Umum Bersara Dari Skuad Kebangsaan …
    July 23, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)