BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Remaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu Terhadap Bapa Sendiri

ammar

gadis buat laporan palsu terhadap bapa sendiri.jpgRemaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu Terhadap Bapa Sendiri

Kerana ditegur tidak senonoh dan sering bergaul dengan lelaki, remaja perempuan 16 tahun ini sanggup membuat laporan polis palsu terhadap bapanya sendiri.

Remaja perempuan ini nekad membuat laporan palsu mendakwa bapanya memukul serta menyerangnya dengan parang disebabkan berang ditegur bapanya kerana berkelakuan tidak senonoh dan sering bergaul dengan lelaki.

Tindakan remaja berusia 16 tahun itu menyebabkan bapanya berusia 40-an ditahan polis untuk siasatan, namun dibebaskan tidak lama kemudian selepas mendapati remaja itu berbohong.

Sumber polis berkata, remaja itu mendakwa bapanya menyerang dia dan rakannya ketika pulang ke rumah di Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu memetik Harian Metro.

“Dalam laporan itu kononnya dia bersama rakan lelakinya hampir ditetak bapanya dengan parang selain motosikal milik remaja lelaki itu dibakar.

“Gadis terbabit turut mendakwa dilastik bapanya dengan batu hingga terkena tangan remaja lelaki,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan awal polis mendapati remaja terbabit mendakwa bapanya itu panas baran dan sering memukul dia serta neneknya, selain pernah mengugut membunuh dua beranak itu.

“Remaja terbabit membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga bimbang dirinya dicederakan bapanya pada masa akan datang,” katanya.

ARTIKEL LAIN  JAKIM Akan Dibubarkan Oleh Kerajaan PH? Ini Kenyataan Dari Dr Danial
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • siang udang
    Pesan Kat Mak dan Kakak-kakak, Hati-hati Siang …
    August 11, 2020 0
  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0
  • Ibu Adam Rayqal
    Luahan Terkini Ibu Adam Rayqal Ini Buat …
    July 5, 2018 0
  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0
  • ydpa
    Perkara Pelik Yang Berlaku di Istiadat Pertabalan …
    July 31, 2019 4

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)