Pihak kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENAJANA) dengan tema iaitu Bersama Menjana Ekonomi. Ianya diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri pada jumaat lalu dengan 40 inisiatif bernilai RM35 billion telah diumumkan.
Oleh itu untuk artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda semua cara mendaftar dan tarikh pembayaran e-Wallet sebanyak RM50 yang telah diumumkan oleh kerajaan.
Cara daftar dan tarikh tebus E-Wallet RM50
RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun e-Dompet atau (e-Wallet) yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020 ini.
Jelas Perdana Menteri sebelum ini, cashback itu diberikan sepadan dengan norma kehidupan baru rakyat Malaysia yang ramai memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.
Oleh hal yang demikian, kerajaan memberikan RM50 ke dalam akaun e-Wallet pengguna yang akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-Wallet di Malaysia.
Tarikh inisiatif ini
Inisiatif ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet bermula bulan Julai 2020 yang akan diperolehi oleh 15 Juta rakyat Malaysia.
Kegunaan E-Wallet
Bagi yang tidak tahu mungkin akan bertanya-tanya apakah kegunaan e-Wallet ini. Sebenarnya pengguna e-Wallet boleh membelanjakan duit tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan atau barangan di Malaysia.
Sebagai contoh, anda boleh membayar parking, membayar tol, tambang grab, bil api bil air dan sebagainya. Selain itu boleh juga membeli barangan seperti makanan di kedai yang menyediakan perkhidmatan e-Wallet.
Cara daftar dan tebus e-Wallet RM50
Berikut kami kongsikan kepada anda bagaimana anda dapat menebus RM50 daripada e-Wallet yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
1. Touch n Go e-Wallet
Anda boleh muat turun aplikasi Touch n Go e-wallet di telepon anda, selepas itu daftar dengan isikan maklumkan yang diperlukan.
Selepas berjaya untuk mendaftar, pada butang e-Tunai rakyat sila tekan butang klik. Isikan makluman yang diperlukan (Perlu mengambil gambar, swafoto dan kad pengenalan)
2.Grabpay/Grab
3.Boost
Cara penggunaan aplikasi di atas adalah sama dalam menebus RM50 yang diberikan oleh kerajaan. Semoga RM50 ini dapat membantu menaikkan ekonomi negara dengan kuasa pembeli daripada rakyat Malaysia.
Info tambahan: Sebelum menebus e-wallet ini, pengguna wajib untuk memasang aplikasi MySejahtera di telefon pintar masing-masing. Itu adalah syarat wajib yang kerajaan umumkan sebelum mendapat e-wallet percuma RM50.
Amin nasir
Hello