BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Patutlah Dapat Pangkat Dato’, Rupa-rupanya Adi Putra Bukan Orang Biasa, Ada Kaitan Dengan Johor

ammar

Baru-baru ini Malaysia mendapat perkhabaran gembira iaitu Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah darjah kebesaran oleh Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato’ Sri kepadanya.

Selain itu, ada juga beberapa orang selebriti Malaysia yang mendapat darjah kebesaran antaranya adalah Eizlan Yusof, Adi Putra, dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

adi putra dapat datoDigelar Datuk, Ada Yang Tanya Apa Jasa Adi Putra

Disebalik kejayaan artis-artis ini mendapat darjah kebesaran dari Sultan Pahang, ada juga pihak yang mempersoal mengenai jasa yang dilakukan oleh Adi Putra sehingga digelar Dato’.

Pada pandangan mereka, mereka tidak faham apakah jasa pelakon tersebut kepada negara Malaysia sehingga melayakkan dirinya untuk diberi darjah kebesaran.

Kritikan itu timbul oleh netizen yang beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.

adi putra terima pangkat datoSiapa Sebenar Adi Putra?

Untuk pengetahuan semua, Adi Putra yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Cinta Si Wedding Planner ini bukanlah calang-calang orang. Tuan Haji Mohamed Hadi Putera atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Menjadi penaung semenjak tahun 2015 lagi, pertubuhan ini bergerak sekitar negeri Johor dalam memberi dan membantu mereka yang dalam kekurangan.

ARTIKEL LAIN  Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu Dalam Penj@ra? Inilah Kehidupan Dia Sekarang

Beliau secara senyap aktif dan sering bekerjasama dalam menggerakkan kerja kebajikan sekitar Negeri Johor tanpa mendedahkan atau heboh demi populariti.

Diharap dengan penjelasan ini tidak ada lagi pihak yang mempersoal mengenai darjah kebesaran yang diterima oleh aktor itu. Darjah Indera Mahkota Pahang adalah darjah kebesaran yang diberikan oleh pihak istana dan sudah pasti sebelum memberikan anugerah itu pihak istana menilai terlebih dahulu seseorang itu layak atau tidak mendapat darjah kebesaran tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas jasa dan pengorbanannya dan anda layak dianugerahkan darjah kebesaran itu.

Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. Anuar

    Setahu saya Adi Putra ni banyak melakukan kerja amal tanpa publisiti…. Sebab tu beliau layak mendapat gelaran Dato’

    October 25, 2017
  2. Alone

    Bergerak aktif di johor kenapa Pahang pulak yang bagi Dato bukan dari Johor? 😂

    November 12, 2017
  3. zack

    abisss yang askar2 putus kakaki kena jerangkap samar masa banteras komunis gadai nyawa beb lagi dasyat mempertaruhkan nyawa .. kalo dibandingkan artis2.. ramai lagi yg kerja polis cedera kena tembak dan sbagainya … lagiii mengadaikan nyawa utuk negara beb.. apa ceritaaa haha

    March 11, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • respon2520peminat2520selepas2520stacy2520peluk2520islam1
    Inilah Respon Kurang Ajar Selepas Stacy Peluk …
    August 25, 2015 1
  • Jangan Benci Cintaku Episod 21
    Jangan Benci Cintaku Episod 21 Drama Slot …
    July 27, 2018 0
  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • jerebu2520di2520malaysia1
    Jerebu, Jadi Mengapa Mesti Meminta Maaf? – …
    September 28, 2015 1
  • iphone apple
    Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Sampai …
    April 24, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)