BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Saya dan Kamal Sudah Putus, Emma Maembong Kantoikan Kamal Curang?

ammar October 25, 2017

 

Kata orang soal jodoh tiada siapa yang tahu. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Itulah yang dialami sekarang oleh artis bernama Emma Maembong ini. Sekali lagi percintaannya berakhir tanpa sebarang ikatan “suami isteri” walaupun sebelum ini Emma mengaku yang dirinya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Baca SINI.

Sebelum ini Emma dan Kamal Adli yang juga merupakan seorang pelakon dilihat semakin rapat dan bakal menamatkan zaman bujang mereka dengan sebuah perkahwinan tetapi kini harapan tinggal harapan. Emma sendiri mengaku yang hubungan dia dengan Kamal sudah putus.

‘Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus.’

Begitu pengakuan Emma Maembong yang mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli yang sebelum ini kecoh retak menanti belah akibat campur tangan orang ketiga, sudah berakhir.

Malah, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong, 25, tidak menolak dakwaan pelakon Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.

“Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

“Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,” katanya kepada BH Online.

Memilih enggan berterus-terang mengenai hubungan cintanya dengan Kamal sejak tiga tahun lalu, pelakon kelahiran Terengganu itu kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu saja.

ARTIKEL LAIN  Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 10

Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal dan Zahirah menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.

“Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

“Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah ini sila ikuti temubual eksklusif kapsul TV BH ‘Apa Kes’ bersama Emma di dalam video di bawah ini.

Apa-apa pun yang berlaku sama-sama kita doakan yang terbaik buat Emma Maembong dan Kamal Adli. Semoga Allah ketemukan mereka dengan jodoh yang benar-benar jodoh.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: (Video) Ozlyn Buat Muka Meluat Nak Muntah Tengok Emma Maembong Salam Kamal Adli
    October 29, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 7
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 7
    July 25, 2016 0
  • fasha sandha sah bercerai dengan jejai.png
    Fasha Sandha dan Jejai Sah Bercerai?
    December 15, 2015 5
  • Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and Friends
    Koleksi Lagu Kanak-kanak Terbaru Didi and Friends
    August 1, 2016 0
  • Video Isteri Saleem Mengamuk
    (Video Penuh) Isteri Saleem Mengamuk Beri Amaran …
    August 16, 2017 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 9
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 9
    July 26, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)