BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Permohonan Maaf atau Saman? – Syamsul Debat

ammar

Penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat terpalit dengan tuduhan mempunyai skandal dengan isteri orang.

“Saya baru balik umrah semalam dan terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan ada laporan polis mendakwa saya mempunyai skandal dengan isteri orang,” katanya.

“Tuduhan itu tidak benar malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis terbabit”, Syamsul Debat.

“Saya menafikan tuduhan itu. Saya sendiri tidak tahu laporan mengenai apa, motif laporan itu dibuat dan tidak tahu juga sama ada laporan itu bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya.

“Saya tidak terfikir ada orang berdendam kerana setiap hari saya berinteraksi dengan ramai orang dan banyak mengadakan ceramah,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Seremban

Justeru, beliau memberi tempoh 24 jam kepada media terbabit untuk membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

“Laporan itu jelas tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga terutama ibu yang agak terkesan dengan berita itu. Saya berharap kenyataan ini dapat membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas yang mempunyai skandal dengan isteri orang yang dibuat seorang lelaki di Johor Bahru.

Pengadu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya berusia 39 tahun yang tinggal di Johor Bahru melalui laman Facebook sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat dan berhubung melalui telefon.

“Tapi tiba-tiba muka Syamsul Debat keluar (dalam akhbar), besar pula. Jadi mana tak kelam kabut. Ahli keluarga semua tanya, apa cerita.

“Siap letak profil dan biodata saya. Seolah-olah macam saya dah dituduh dan dihukum,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Restoran Wadi ar-Raudhah, Rahang.

ARTIKEL LAIN  Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta dan Rumah

Oleh hal yang demikian, beliau akan berbincang lebih lanjut dengan peguam bagi memutuskan tindakan sesuai terhadap media yang terlibat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada penceramah bebas itu dalam tempoh terdekat.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat diselesaikan dengan baik.

    March 28, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • khalid samad marah
    Khalid Samad Takut Duit 1MDB(AS$300 JUTA) Hasil …
    April 18, 2020 0
  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12
  • Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    October 13, 2016 0
  • status phd dr azizan osman penipu
    Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam …
    September 29, 2016 0
  • Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat
    Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya …
    December 13, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)