BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Polis Buru 5 Lelaki Pukul dan Baling Durian

ammar

Sejak semalam viral satu kisah beberapa samseng memukul dan membaling durian kepada penjual durian di Bandar Baru Bangi.

Dalam kisah tular itu disertakan gambar pelaku yang membuat kecoh dan khianat itu.

Katanya puncaya adalah dari berebut tapak perniagaan, seorang peniaga dipukul dan dibaling durian dalam pergaduhan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari 20 Jun 2020.

Polis sedang memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di tapak perniagaan berhampiran Surau Al-Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku  6.11 petang, pada Sabtu.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa diserang sekumpulan lelaki semasa berniaga buah-buahan berhampiran surau tersebut.

“Suspek bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan membaling buah durian ke arah mangsa selain merosakkan tapak perniagaan milik mangsa.

“Punca kejadian adalah disebabkan perebutan tapak perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, polis sedang mengesan lima individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Seorang daripada individu yang diburu dikenali dengan nama panggilan ‘Joe’ yang berniaga berhampiran dengan surau berkenaan.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, boleh menghubungi mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Suresh di talian 017-4333795 @ 03-89114222,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323, 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Semoga samseng itu berjaya diberkas oleh polis. Kita tidak mahukan perkara sebegini berlaku di musim durian ini kerana ini boleh menjejaskan perniagaan peniaga durian.

Diharap peristiwa sebegini tidak lagi berlaku di negara kita. Tiada tempat untuk s@mseng hidup bebas di negara Malaysia yang aman ini.

ARTIKEL LAIN  Inilah Tindakan "Win" Si Bapa Apabila Video Anak Pukul Ibu Jadi Viral
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Pasport Malaysia
    Setengah Juta Rakyat Malaysia Tidak Dapat Ke …
    January 4, 2018 0
  • gambar rumah teres dua tingkat.jpg
    Pakar Hartanah Jawab Isu Jangan Beli Rumah …
    December 29, 2015 3
  • yusof azmi keluar ppim
    Patutlah Yusof Azmi Tinggalkan PPIM. Rupa-rupanya Dia…
    March 28, 2018 1
  • bill elektrik naik disebabkan el nino.jpg
    Benar Bil Elektrik Melambung Disebabkan El Nino
    April 21, 2016 0
  • Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    July 14, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)