BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan Dari PU Rahmat

ammar

PU Faiz Didakwa Pukul WanitaPU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan Dari PU Rahmat

Bagi sesiapa yang pernah menonton program Islamik dari Astro iaitu Pencetus Ummah musim kedua pasti mengenali insan bernama PU Faiz ini. PU Faiz yang merupakan naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita, September lalu.

Ahmad Faiz Hafizuddin Alias(nama sebenar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu. Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Rakan seperjuangan Pencetus Ummah iaitu Rahmat Ikhsan menerusi laman facebooknya menafikan pertuduhan itu dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Jom kita baca penjelasan dari PU Rahmat ini….

Sungguh Tidak Sangka!

PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita

Seperti yang didakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka.

1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yang tertulis di dada-dada akhbar.

2) Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh(sebutan kes beliau pada rabu ini)

3) PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

4) Wanita itu sering menganggu kami dengan hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz untuk berjumpa serta ingin melakukan hubungan s3ks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.

5) Sering mendakwa dirinya adalah ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.

ARTIKEL LAIN  Benar Bil Elektrik Melambung Disebabkan El Nino

6) Cemburu dengan kebahgiaan kami dan memfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.

Kesimpulannya.. Ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akan tenang hadapi.

Mohon sebaran bagi menjelaskan fitnah ini.

SUMBER ASAL: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Prev Article
Next Article

One Response

  1. zik

    sabarla wahai pu faiz.. dugaan akhir zaman

    November 12, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • rakyat malaysia
    Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak …
    November 22, 2016 2
  • Fitri Haris
    Kami Bukan Penunggang Agama – Fitri Haris
    April 25, 2019 0
  • Video Suami Tangkap Isteri Curang
    Video Suami Tangkap Isteri Curang Guna Drone
    November 16, 2016 1
  • ydpa
    Perkara Pelik Yang Berlaku di Istiadat Pertabalan …
    July 31, 2019 4

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)