BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Apa Sudah Jadi Dengan Yusof Azmi?

ammar

Seorang watak penting di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu saudara Yusof Azmi mengumumkan keluar dari persatuan setelah berkhidmat selama 8 tahun.

 “Saya kadang-kadang pelik dengan masyarakat diluar sana, adakah berjuang ini perlu menjadi seorang malaikat yang paling baik,” soal Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim selepas pengumuman mengejut Yusuf Azmi meninggalkan PPIM yang dibuat petang ini.

Sidang media ini diadakan bagi menjawab seribu satu persoalan dan pertanyaan masyarakat pengguna dan masyarakat Malaysia berkaitan status sebenar Yusuf Azmi di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berlakunya beberapa insiden baru-baru ini.

Yusof Azmi dikenali dengan watak berani dan pemegang panji perjuangan PPIM merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM memilih haluannya sendiri selepas lebih 3 minggu mendiamkan diri.

“Saya mohon maaf kepada semua yang bersama dengan PPIM, rakan-rakan perjuangan, sahabat-sahabat. Saya berharapkan kalau ada salah silap didalam persatuan, saya minta maaf.” ulas Yusuf lagi.yusof azmi dan pengerusi ppim

Nama Yusuf Azmi menjadi satu fenomena dalam kalangan belia kerana keberanian menentang Ah Long, gores dan menang, skim penipuan dan pelbagai kes kepenggunaan melalui laman sosial Facebook rasminya.

Pucuk kepimpinan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yusuf Azmi yang telah sama-sama berjuang dalam PPIM selama 8 tahun sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.

Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas sumbangan dan pengorbanannya selama berkhidmat di dalam PPIM.

Diharap semoga yusof Azmi meneruskan lagi perjuangannya bagi membela nasib bangsa dan agama di Malaysia ini tidak kiralah dimana dia berada. Watak seperti Yusof Azmi yang terkenal dengan sifat keberaniannya ini sepatutnya tidak boleh dipadamkan di Malaysia ini.

ARTIKEL LAIN  Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    semoga terus berkhidmat untuk negara dan agama. Semoga terus maju jaya

    March 28, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • senarai-nama-menteri-kabinet-baru-julai-2015
    SENARAI MENTERI KABINET BARU JULAI 2015
    July 28, 2015 0
  • Luahan Janda, Sudah Ditinggal Suami Baru Pandai Melawa
    Luahan Janda: Masa Ada Suami Macam Mayat …
    August 23, 2016 0
  • Rayuan Dr.Fauziah Hasan
    Rayuan Warga Malaysia, Anak Kapal Zaytouna-Oliva Yang …
    October 6, 2016 0
  • Peniaga Udang
    Kisah Peniaga Udang Racist Yang Menjadi Viral …
    January 9, 2017 2
  • Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan Semula
    Inilah Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas …
    September 6, 2016 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)