Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat. Ianya Dari Freemason
Bidaah? Alhamdulillah majlis istiadat angkat sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong yang baru bagi sesi 2016-2021 telahpun selesai pagi tadi. Sultan Muhammad V(ke-5) iaitu Sultan Kelantan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru menggantikan Sultan Kedah yang sebelum ini menjadi Yang Dipertuan Agong sejak 5 tahun lalu yang berakhir semalam 12-12-2016.
Sultan Muhammad V akan memegang jawatan Yang Dipertuan Agong yang baru bermula hari ini sehingga 5 tahun akan datang. Majlis yang dihadiri VVIP yang berlangsung awal pagi tadi di Ibu Negara berlangsung lancar. Rata-rata rakyat Malaysia senang dan gembira dengan pelantikan Yang Dipertuan Agong yang baru ini.
Namun, disebalik kegembiraan rakyat Malaysia meraikan pelantikan Yang Dipertuan Agong Yang baru ini ada satu kisah yang agak “klise”. Ada pihak yang mula mempersoalkan mengenai alat kebesaran Diraja yang digunakan dalam majlis perarakan Diraja.
Alat Kebesaran Diraja Ini Bidaah Kerana Nabi Tak Buat
Artikel oleh: Ibn Jawi
Begitulah laungan-laungan cliché para hipokrit penunggang ayat Islamik. Kita sudah muak dan loya dengan salakan acah-acah pejuang Sunnah dengan mengkritik segala benda dalam hal kehidupan. Malah, ada dakwaan kultus Teori Konspirasi ini mendakwa, “ALAT KEBESARAN DIRAJA NI BIDAAH SEBAB NABI TAK BUAT. IANYA DARI ILLUMINATY FREEMASON. KEMBALI LAH KEPADA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH”.
Hanya Mengikut Al-Quran dan Sunnah Sebagai Slogan Hipokrit
Sebenarnya, golongan-golongan Teori Konspirasi yang mendakwa hanya mengikut Al-Quran dan Sunnah sebagai slogan hipokrit mereka tidak arif pun dalam selok belok agama. Mungkin mereka tidak pernah mengaji tafsir al-Quran dan faham ilmu hadis pun. Mereka hanya bermain internet dan membaca blog-blog translated copy paste atau page-page merepek.
Mereka tidak faham pun selok belok memahami dan mengguakan nas al-Quran dan al-Hadis bagi menggubal hukum. Mereka menyalak,
“Mana dalil Quran?!”
“Mana Dalil Hadis?!”
“Ini semua Bidaah istiadat Freemason?!”
“Menyerupai Firaun dan keturunannya iaitu Merovingian (Ratu England)”
Oleh itu, nah ! Disini, The Patriots akan beri dalil dari al-Quran mengenai perkara ini sepertimana yang dihurai oleh ALIM ULAMA ALAM MELAYU kita. Maka kalian yang kononnya mengaku pengikut al-Quran dan Hadis (tapi tak baca Quran pun) bolehlah tinggalkan ketaksuban menggunakan slogan Kultus Teori Konspirasi itu.
Alat Kebesaran Warisan Yang Bernama Tabut as-Sakinah
Dalam Surah al-Baqarah ayat 248, dikisahkan bahawa Nabi Samuel bersabda pada umatnya mengenai tanda-tanda restu Allah terhadap Raja adalah dengan adanya Alat Kebesaran Warisan yang bernama Tabut as-Sakinah. Alat Kebesaran Warisan ini memiliki daulatnya, berkatnya dan nilai adat yang tinggi dalam umat Nabi Samuel.
Melalui Qiyas inilah menyatakan bahawa alat-alat kebesaran diraja memiliki nilai simbolik yang diperakui dalam agama Islam. Malah, Kekhalifaham Ummayah, Abbasiyyah dan Uthmaniyah juga mewarisi relik-relik tinggalan Rasulullah sebagai lambang mewarisi kekuasaan. Kebanyakan relik tersebut kini tersimpan rapi di Istana Topkapi, Turki. Ada juga dalam simpanan para ulama bersanad seperti di Mesir, Maghribi, Yaman dan sebagainya. Kini, banyak relik Rasulullah ini dipindah masuk ke Alam Melayu secara beransur-ansur.
Oleh itu, golongan yang suka mendajjalkan setiap benda dengan alasan sesuatu itu bidaah nabi tak buat, boleh lah kembali meluaskan minda dan kefahaman dengan mengaji tafsir dan syarah al-Quran dan Hadis agar tidak hanya guna slogan al-Quran dan Hadis untuk membidaah dan melabel Freemason pada masyarakat awam yang bertamadun lagi beradat. Sesungguhnya, alat kebesaran warisan ini merupakan suatu hal yang umum dimiliki oleh setiap raja di muka bumi.
Posting Asal Dari: The Patriot