BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Patutlah Yusof Azmi Tinggalkan PPIM. Rupa-rupanya Dia…

ammar

Segala persoalan mengenai kedudukan Yusof Azmi didalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila beliau membuat sidang media dan mengumumkan pengunduran dari persatuan yang disertai sejak 8 tahun lalu itu.

Kerana bosan dah kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya adalah salah satu punca utama Yusof Azmi melepaskan jawatan sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Beliau berkata tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan sebelum ini tetapi tambahnya lagi, dia tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.

“Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.

“Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.

“Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM.

Yusof Azmi juga mengakui sangat berat hatinya untuk mengundurkan diri dari PPIM, namun beliau yakin ini adalah jalan terbaik baginya.

“Selama saya dalam PPIM saya tidak pernah pun membawa satu pun ahli keluarga saya. Sehingga saya terpaksa memohon bantuan daripada seorang adik saya untuk membantu kerana banyak masalah dalam bidang pengurusan.

“Saya minta tolong padanya pada hari raya yang lepas. Ada yang diviralkan berkenaan adik saya pakai kereta (Toyota Velfire) bila masuk PPIM.

“Sebenarnya kereta itu dia dah pakai sebelum dia masuk PPIM lagi,” ujarnya.

Menjelaskan kepada media apa perkara yang dibuat selepas meninggalkan PPIM, beliau berkata dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.

ARTIKEL LAIN  Aliff Sudah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Satu konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.

Semoga ini adalah jalan terbaik buat Yusof Azmi dan kami mendoakan supaya beliau terus berjuang membela pengguna di Malaysia yang teraniaya.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    semoga terus berjaya dalam hidup ini

    March 28, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • saham facebook jatuh
    Saham Facebook Jatuh Merudum Kerana Pengumuman Perubahan …
    January 12, 2018 0
  • PU Faiz Didakwa Pukul Wanita
    PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan …
    November 8, 2016 1
  • One Community Worldwide Tipu
    One Community WorldWide Bisnes MLM Tipu Guna …
    November 8, 2016 11
  • iphone apple
    Bapa Terpijak iPhone, Anak Tetak Bapa Sampai …
    April 24, 2019 0
  • syamsul debat
    Permohonan Maaf atau Saman? – Syamsul Debat
    March 27, 2018 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)