BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Mulai Hari Ini, Pengundi Boleh Buat Semakan Tempat Mengundi

ammar

Semakan Tempat Mengundi. Pilihanraya Umum Ke-14(PRU-14) bakal berlangsung tidak lama lagi. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) baru-baru ini, pihaknya telah menetapkan tarik-tarikh penting untuk PRU-14.

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) telah menetapkan tarikh 28 April 2018(Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei 2018(Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.

Tanggal 5 Mei 2018 pula adalah hari pengundian awal bagi mereka yang terlibat seperti tentera, polis dan yang berkaitan.

Pihak SPR juga menetapkan tempoh berkempen PRU-14 selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13. SPR turut menetapkan writ Pilihan Raya dikeluarkan pada 11 April.

Terbaru, mulai hari ini, 16 April 2018 (Isnin) anda boleh buat semakan tempat mengundi (nama sekolah) di: http://pengundi.spr.gov.my.

Dengan semakan melalui link yang diberikan diatas ini, para pengundi boleh mengetahui beberapa detail atau maklumat penting individu yang akan mengundi pada PRU-14 nanti. Antara maklumat yang diketahu melalui semakan ini adalah:

  1. Lokaliti
  2. Daerah Mengundi
  3. DUN
  4. Parlimen
  5. Negeri
  6. Pusat Mengundi
  7. Saluran
  8. Masa Mengundi
  9. Nombor SiriSemakan Tempat Mengundi

Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diwartakan pada 10 April 2018.

Dinasihatkan kepada para pengundi yang layak untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke-14(PRU-14) membuat semakan segera bagi mengelakkan kekeliruan atau tersalah tempat untuk mengundi.

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) juga telah menetapkan waktu mengundi pada 9 Mei 2018 nanti bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Dinasihatkan juga kepada pengundi untuk keluar awal mengundi bagi mengelakkan dari terlepas peluang untuk mengundi.

ARTIKEL LAIN  TEMA GAMBAR LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA 2015
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • contoh2520surat2520rasmi2520berhenti2520kerja2520mudah1
    CONTOH SURAT RASMI BERHENTI KERJA MUDAH
    August 19, 2015 1
  • no plat terkini
    Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia
    May 19, 2016 0
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 4
    Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Niat …
    January 7, 2023 0
  • Gambar Gadis Kelantan
    Anda Harus Berhati-hati Apabila Berkawan Dengan Gadis …
    June 14, 2016 4
  • kadar bayaran tol lebuhraya LPT2
    Kadar Bayaran Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 …
    July 12, 2016 6

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)