BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh PRU-15: Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi 2022

Islah Ibrahim

Tarikh PRU 15: Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi 2022 : Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan terhadap permohonan untuk membubarkan Parlimen ke-14. Permohonan telah dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dan secara rasminya Parlimen Ke-14 telah terbubar pada 10 Oktober 2022.

Mengikut peruntukan kuasa dalam Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, mempunyai kuasa budi bicara untuk memperkenankan permohonan pembubaran tersebut.

Dalam sidang ucapan secara langsung yang berlaku pada pukul 3 petang itu juga, Perdana Menteri mengesyorkan Ketua-Ketua Kerajaan Negeri Kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak,Melaka & Johor supaya turut sama menyertai pembubaran ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Ini melibatkan tindakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri dan pada tarikh yang sama dengan hari Pilihan Raya Umum Kerusi Parlimen.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, ia wajar dilaksanakan oleh pihak Ketua Kerajaan Negeri supaya rakyat tidak terbeban untuk pulang mengundi berkali-kali sekiranya tarikh pengundian Dun dan Parlimen diadakan secara berasingan. Hal ini penting untuk kelancaran proses demokrasi dan dapat menjimatkan kos yang ditanggung kerajaan.

Tarikh PRU 15

Tarikh PRU 15 Hari Penamaan Calon Dan Hari Mengundi

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu anda ketahui sebelum hari pengundian yang bakal berlaku pertengahan November ini, termasuk tarikh PRU 15.

MaklumatTarikh Yang Ditetapkan
1. Pengumuman Pembubaran Parlimen10 Oktober 2022
2. Mesyuarat SPR Malaysia20 Oktober 2022
3. Hari Penamaan Calon PRU 155 November 2022
4. Tempoh Berkempen5 November – 18 November 2022 ( Sehingga Jam 11.59 Malam)
5. Hari Mengundi Awal (Undi Pos)15 November 2022
6. Hari Mengundi PRU 1519 November 2022 (Hari Sabtu)
Tarikh-Tarikh Penting PRU-15

Pilihan Raya Umum Ke-15 ini adalah Pilihan Raya yang terbesar dalam Malaysia. Inilah proses demokrasi terbesar yang memerlukan penglibatan rakyat Malaysia seluruhnya.

ARTIKEL LAIN  Malaysia Hampir Terlibat Perang Dunia Ke 3

Kuasa terletak ditangan rakyat untuk menentukan Kerajaan yang terbaik untuk mentadbir Malaysia selepas PRU-15 nanti. Perkongsian makluman penting berkenaan tarikh PRU 15 dan tarikh-tarikh penting sepanjang hari sebelum mengundi perlu anda ketahui untuk merancang perjalanan anda nanti. Pastikan anda mengundi pihak yang tepat untuk memastikan kestabilan politik terjamin dan mampu memberi impak postif kepada masa depan rakyat Malaysia.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: 31 Tahun Berkhidmat Di Sabah, Bukan Senang Nak Jumpa Cikgu Seperti Ini
    November 3, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Cara Check Nama Blacklist CCRIS dan CTOS Online
    Cara Check Nama Blacklist CCRIS dan CTOS …
    July 12, 2016 31
  • IMG 8115
    2 Doa Naik Kenderaan Rumi dan Arab …
    December 9, 2022 0
  • Istana Syarqiyyah Terengganu e1438309595555
    Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu
    June 5, 2015 32
  • Tempat Pelancongan Menarik di Sabah
    Senarai Tempat Pelancongan Menarik di Kota Kinabalu …
    September 22, 2017 1
  • Gambar Gadis Kelantan
    Inilah Sebab Kenapa Anda Harus Berhati-hati Bila …
    October 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)