Semakan Daftar Pemilih PRU14. Baru-baru ini pada 10 April 2018 Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam sidang media ringkas yang dilakukan oleh pihak SPR itu, mereka menetapkan tarikh 28 April 2018(Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei 2018(Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.
5 Mei 2018 pula adalah hari pengundian awal bagi mereka yang terlibat seperti tentera, polis dan yang berkaitan.
SPR juga menetapkan tempoh berkempen PRU-14 selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13. SPR turut menetapkan writ Pilihan Raya dikeluarkan pada 11 April.
Memandangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah diumumkan, anda sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi disarankan supaya merancang lebih awal perjalanan balik mengundi bagi mereka yang tinggal jauh dari lokasi pengundian.
Baru-baru ini Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu notis bahawa pada tarikh 9 Mei 2018 merupakan tarikh pelepasan Am bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Jadi, tiada alasan lagi buat sesiapa yang tidak mengundi pada PRU-14 ini.
Sebelum mengundi anda dinasihatkan untuk membuat semakan daftar pemilih untuk PRU-14 ini. Dengan membuat semakan daftar pemilih ini anda akan mengetahui segala maklumat mengenai pengundian antaranya adalah seperti lokasi dandaerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri.
Semakan Daftar Pemilih PRU14 Serta Lokasi Mengundi
Semakan daftar pemilih PRU14 kini mudah dan senang. Dengan sistem yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini anda boleh membuat semakan daftar pemilih atau pengundi secara atas talian atau “online”.
Hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan sahaja anda akan dapat mengetahui semua info daftar pemilih yang telah disahkan.
PERHATIAN! Semakan ini hanya boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia yang telah membuat daftar pemilih. Jika belum lagi membuat daftar pemilih, maklumat anda tidak akan terpapar di dalam sistem ini walaupun anda rakyat Malaysia. Jadi, segeralah untuk daftar pemilih untuk membuat semakan ini.
Cara-cara Semak Nama Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi
Rakyat Malaysia yang telah mendaftarkan diri sebagai pengundi boleh membuat semakan status dan tempat mengundi dengan memasuki laman web https://pengundi.spr.gov.my/
Seterusnya anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan “aksara captcha” yang tertera di bawah nombor kad pengenalan. Klik butang semak dan maklumat daftar pemilih akan kelihatan seperti gambar di bawah ini.
Di dalam sistem ini anda akan dapat mengetahui lokasi mengundi, daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri yang anda layak mengundi. Sebarang perubahan tempat mengundi anda boleh terus menghubungi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) sebelum tarikh mengundi.
Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Secara SMS
Anda juga boleh membuat semakan menggunakan sistem pesanan ringkas(SMS).
Bagi semakan daftar pemilih secara SMS, anda perlu menaip SPR(jarak) SEMAK(jarak) No.Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Talian Hotline 03-8892 7018/03-88927200.
Perhatian! Bagi yang belum membuat daftar pemilih sebagai pengundi anda bolehlah mendaftarkan diri anda di:
(a) pejabat-pejabat SPR
(b) pejabat-pejabat pos berkomputer
(c) wakil-wakil jabatan
(d) wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e) Pasukan Outreach SPR
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Diharap segala info yang diberikan diatas ini dapat memudahkan anda semua untuk mengetahui status mengundi anda dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini. Jika anda merasakan info ini bermanfaaat kepada semua, anda disarankan untuk kongsi artikel ini kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum kali ini.
No Responses