BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hypermall Terkenal di Sabah Bakal Bergelap Kerana Tidak Bayar Bill Elektrik

ammar

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir Mohd. Yaakob Jaafar berkata pihaknya akan memotong bekalan elektrik di pusat beli-belah terkemuka, 1Borneo Hypermall (1Borneo) di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Tindakan ini bakal diambil berikutan kegagalan pihak pengurusannya membayar tunggakan hutang utiliti itu sejak tahun lalu yang mencecah RM9.3 juta.

Beliau berkata, bekalan elektrik akan dipotong Rabu ini jika tiada bayaran yang diterima pihaknya selewat-lewatnya esok seperti yang tertera di dalam notis yang telah diserahkan beberapa kali.

“SESB berharap pihak pengurusan 1Borneo akan segera membuat bayaran selewat-lewatnya pada esok seperti mana yang dituntut memandangkan perbincangan dan notis telah diserahkan beberapa kali sebelum ini.

“Tindakan untuk memotong bekalan ini adalah diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yaakob meminta pihak pengurusan 1Borneo untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pengguna-pengguna berdaftar di bawah pengurusannya.

Pada masa yang sama Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman berkata, tindakan itu bukan sahaja mendatangkan lebih banyak kesan buruk, malah turut memberi tekanan kepada pekerja kerana hilang punca pendapatan.

“Jika SESB tetap untuk memotong bekalan elektrik, sudah pasti operasi kedai di pusat beli-belah itu akan terhenti dan akhirnya banyak pihak akan hilang pekerjaan.

“Tindakan tersebut jelas memberi kesan buruk bukan sahaja kepada perkembangan ekonomi di negeri ini malah turut menjejaskan rakyat Sabah yang bekerja di pusat beli-belah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Azis meminta agar pihak pengurusan SESB untuk menangguhkan dahulu tindakan tersebut serta mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk di pihak kerajaan.

“Perkara ini perlukan perbincangan dengan semua pihak bagi mencapai kata putus yang saksama agar ia tidak menjejaskan rakyat Sabah yang bekerja di situ.

ARTIKEL LAIN  Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato' Boy Iman Tidak Bersalah?

Dalam pada itu beliau turut menyatakan kesudian untuk menjadi orang tengah bagi kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan 1Borneo dan SESB untuk duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan isu ini secara bersama.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kanak-kanak 12 tahun
    Kanak-kanak 12 Tahun Ini Ditinggalkan di KLIA2 …
    January 1, 2018 1
  • Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat
    Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya …
    December 13, 2016 0
  • skandal air sabah 772327
    SPRM Sahkan Skandal Jabatan Air Negeri Sabah …
    January 13, 2017 0
  • tun_mahathir_mohamad_istana_negara
    Tun M Menghadap Yang di-Pertuan Agong? Pegawai …
    June 2, 2020 1
  • Datuk-Che-Mat-Che-Ali.jpg
    Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ
    November 19, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)