BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah

ammar

Memiliki zuriat keturunan sendiri adalah impian buat ramai pasangan suami isteri.

Begitulah juga impian buat pasangan artis iaitu Izzue Islam dan isterinya. Walaupun sudah lama berkahwin tetapi Izzue Islam dan isteri belum mendapat cahaya mata untuk menghiasi rumah tangganya.

Izzue terkejut baginda tawarkan pertolongan untuk dia dan isteri dapatkan zuriat.

tunku azizah aminah maimunah iskandariah

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat.

Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, dia menerima tawaran itu ketika bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas habis pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu.

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.

“Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu, memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya.

Izzue Islam dan isteri
Izzue Islam’s manager and wife Awin Nurin was instrumental in helping him kickstart his showbiz career. Photo: Instagram

Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang diasaskan baginda menawarkan penajaan pasangan yang terpilih untuk rawatan IVF di salah sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Forteen ini memberitahu dia belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tunku Azizah disebabkan jadual kerja yang padat.

“Sehingga kini, saya belum lagi bertemu dengan baginda untuk peringkat seterusnya. Sebab tak ada masa yang sesuai memandangkan saya tengah sibuk penggambaran sebuah drama.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin habis saja penggambaran ini dalam sekitar awal tahun hadapan saya akan berjumpa dengan baginda,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN  Video Penuh Budak Sekolah Selfie Muka Mengajing Selepas Belasah Rakan

Izzue dan isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013 namun sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

6 tahun perkahwinan adalah satu tempoh masa yang agak lama. Mungkin dengan ikhtiar yang bakal Izzue dan isteri buat ini dapat melahirkan zuriatnya suatu hari nanti. Insyaallah. Sama-sama kita doakan buat pasangan ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pu abu sufyan mahu saman
    “Will see u in court” – PU …
    April 27, 2019 0
  • maybank alert
    MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan …
    September 13, 2020 0
  • kahwin dengan mat rempit
    Saya Kahwin Dengan Mat Rempit, Niat Untuk …
    September 11, 2017 1
  • Akaun Maybank
    TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank …
    June 8, 2017 0
  • biodata datuk red
    Biodata Datuk Red. Bukan Calang-calang, Patutlah Dapat …
    March 31, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)