BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Maszlee Nafi Mahu Masukkan Skandal 1MDB Dalam Subjek Sejarah

ammar

Setelah hangat diperkatakan di media sebelum ini mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut perkara itu.

Perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am, kata Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari.

Katanya, laporan media berkenaan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata, isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Isu memasukkan skandal 1MDB ke dalam subjek Sejarah di sekolah menjadi topik perbualan hangat di media sosial setelah beberapa media terkenal melaporkan perkara itu.

Ekoran dari laporan tersebut, ramai ilmuan dan netizen mula mengecam Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik dan sedikit sebanyak telah memburukkan namanya.

ARTIKEL LAIN  Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan Kaki Pukul
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • yusof azmi
    Apa Sudah Jadi Dengan Yusof Azmi?
    March 27, 2018 1
  • Datuk-Che-Mat-Che-Ali.jpg
    Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan- PPZ
    November 19, 2015 0
  • tengku-jalil-meninggal-dunia.jpg
    Tunku Jalil Meninggal Dunia
    December 6, 2015 1
  • lelaki kelantan pemalas
    Lelaki Kelantan Pemalas Punca Wanita Semakin Kaya
    November 15, 2017 0
  • Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    Isteri Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
    July 14, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)