Isu Ustaz Ebit Lew “disekat” memberikan bantuan kepada orang-orang susah menjadi perbualan hangat di media sosial apabila baru-baru ini dia dipanggil oleh pihak polis di Bukit Aman untuk memberikan keterangan.
Dalam satu hantaran di facebook milik Ustaz Ebit Lew, beliau berkata:
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.”
Jangan tag saya lagi kes orang susah
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal siapa kawan dan siapa saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafkan semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
Seorang aktivis yang memperjuangkan isu keselamatan jalan raya iaitu saudara Lando Zawawi atau nama betulnya Azlan Sani Zawawi memberi pandangan mengenai isu Ustaz Ebit Lew. Isu Ebit Lew semakin mendapat perhatian dimedia sosial apabila beliau telah dipanggil oleh pihak Polis bagi mendapatkan keterangan di Bukit Aman.
Lando Zawawi memberi pandangan mengenai isu tersebut selepas beberapa NGO dan wartawan bertanyakan kepadanya mengenai apa yang terjadi kepada Ustaz Ebit Lew.
Beliau juga kongsikan pengalaman selama ini melawan hukum atau sistem yang ada di Malaysia. Menjadi aktivis hendaklah berotak dan mempunyai ilmu mengenai undang-undang.
Ustaz Ebit Lew dipanggil Polis
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengesahkan beliau dipanggil polis dari Cawangan Khas Bukit Aman untuk memberi penjelasan terutama kes penyampaian sumbangan yang tular beberapa hari lalu kerana terdapat aduan.
Beliau memberitahu, dia telah dilayan baik oleh polis dan atas atas nasihat diberikan, dia akan berhenti berkhidmat menyampai sumbangan ke rumah bagi membantu mereka yang dalam kesvsahan selepas ini.
Dalam pada itu, DS Anwar juga tampil ulas isu peranan sukarelawan dan pendakwah seperti Ebit Lew. Berikut saranan Ds Anwar
“Ada kontroversi baru ini berbangkit sukarelawan dan pendakwah. Saya nak jawab begini. Sesetengah orang buat kerja sedikit riuh rendah, marah orang tu marah orang ini. Yang saya tahu puluh ribu initiatif yang dilakukan oleh jawatan kuasa surau, jawatan kuasa masjid, NGO. Kadang orang tak tahu. Kalau di Port Dickson, banyk NGO tampil membantu. Kita patut bagi ruang, sokongan dan bagi kerjasama”
“Cuba bayang jika di negara ni kalau NGO, sukarelawan dan individu membantu itu tak buat apa-apa, serah pada kerajaan, lingkup kita. Orang tak makan boleh cecah ratus ribu kerana bantuna kerjaan terbatas. Itu pun ada maslah dengan menteri, ada yang tersadai beminggu-minggu seperti di Cheras, ada yang menahan seperti MP Batu, Praba. Ini hal-hal yang kita hadapi ahli parlimen tu nak bangkit hal orang tak cukup makan”
Ebit Lew dapat kebenaran polis bergerak ketika PKP
Ekoran berita yang menjadi tular itu, pihak polis telah membuat satu kenyataan rasmi pada hari ini.
Polis mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Setakat ini, tiada sebarang kertas siasatan akan dibuka terhadap pendakwah itu”.
“Bagaimanapun, polis ingin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang pelanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, Ebit Lew dipanggil memberi keterangan berikutan reaksi orang ramai berhubung tindakannya memaparkan aktiviti kebajikannya ketika PKP.
Berdasarkan pemerhatian orang ramai memberi respon positif dan ada terdapat juga yang tidak senang dengan aktiviti berkenaan.Kontroversi yang tercetus mengenai perkara ini memaksa polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kekal terpelihara.
“Dalam melaksanakan apa juga aktiviti orang ramai dinasihatkan mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan mula serta menggunakan pencuci tangan,” katanya.
Semalam, Ebit Lew dilaporkan berkata, tidak lagi akan memberi bantuan orang tidak berkemampuan secara langsung.
Pendakwah itu berkata, pendirian terbabit diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman semalam, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.
Namun, ketika ini rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan dari Ustaz Ebit Lew, tidak bersetuju jika beliau tidak lagi turun padang membantu orang-orang susah seperti sebelum ini.
Sama-sama kita nantikan apa keputusan yang akan dibuat oleh Ustaz Ebit Lew selepas ini. Semoga usaha baik dan amal baik oleh beliau diteruskan lagi selepas ini.