BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya P.Ramlee

ammar

mesej rahsia dalam filem 3 abdul.jpg Mesej Rahsia Dalam Filem 3 Abdul Karya P.Ramlee

Jika anda adalah salah seorang peminat karya Seniman Agung P.Ramlee anda sudah pasti tahu kisah filem 3 Abdul lakonan P.Ramlee.

Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.

P.Ramlee banyak menghasilkan karya-karya yang masih releven untuk tontonan masa kini walaupun karyanya itu sudah puluhan tahun. Ternyata pemikiran P.Ramlee mendahului zaman kerana banyak filem yang diterbitnya dahulu masih boleh diguna pakai dengan situasi masyarakat pada masa kini.

Mungkin ramai mengetahui kisah “Tiga Abdul”. Kisah Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa kisah Tiga Abdul (diterbitkan pada 1964) adalah kritikan sosial dan politik terhadap Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tengku Abdul Rahman (Hence Abdul Wahab) dan Timbalannya Tun Abdul Razak (Hence Abdul Wahib).

Ramai tidak tahu Kisah ini disebut di poster sebagai Kisah paling nakal.

mesej rahsia dalam filem 3 abdul p ramlee.jpg Perhatikan wajah Abdul Wahab dan Tengku Abdul Rahman seakan-akan seiras.

Apakah kritikan sosial P Ramlee kepada UMNO dan Perdana Menteri pada ketika itu?

1. Bagaimana Perdana Menteri dan Timbalannya menyerahkan Tanah Genting (1964) kepada Berjaya Hills.
2. Perjanjian sehingga terkeluarnya Singapura dari Malaysia.
3. Perjanjian air Singapore Johor selagi ada bulan dan bintang. Maka Johor akan jual air murah dan Malaysia kena beli air di proses mahal.
4. Walaupun negara sudah merdeka, tanah-tanah, estet, timah, getah masih milik British. Pada masa itu Sime Darby, Golden Hopes, Guthrie dan lain-lain adalah “plantation” yang masih milik British. Bagaimana negara merdeka tetapi hasil dan tanah bukan milik orang tempatan?
5. Banyak lagi peristiwa yang berlaku

ARTIKEL LAIN  Semakan Keputusan PT3 2015 Online

Hakikatnya semua ini berlaku kerana kedua-dua pemimpin ini ditipu dengan perjanjian yang mereka sendiri tidak fahami. Akhirnya, aset negara terlepas ke tangan orang lain. Mereka tertipu dengan wanita dan arak.mesej rahsia dalam filem tiga abdul.jpg

Inilah antara petikan kata oleh P. Ramlee dalam filem 3 Abdul:

Kita bahagi harta ini secara demokrasi. Kanda serahkan semua harta kepada adinda. Inilah demokrasi.
Demokrasi apa?
Demokirasi terpimpin
Demokrasi terpimpin kepala hotak kau!

Tuan penasihat. Sebelum mereka kawin kita mesti buat satu syarat (bisik)
Sadiq segaraga: Bagus. memang saudara seorang yang bijak. Kalau perkara ini berhasil, tuan akan mendapat 20%

Ghasidah: Hey di sana, di sini datang dekat sini, bukan di sini tergila-gilakan dengan di sana. Di sini datang dekat sini, pasal di sini nak kasi tau, yang abang-abang di sana tu nak kena jual

Abdul Wahub: Ini berita gembira. Hey di sana. Bapak di sana tu penyamun. Abang-abang di sini tu penyangak dah kena dah penyamun jual si penyangak. Apa salahnya (gelak)

Akhirnya mereka dijual sebagaimana negara juga di jual. Semua kerana komisen 20%, 25%.

P/s: Sekarang anda mungkin akan lihat filem ini berbeza dari sebelum ini. Jika artikel ini menarik sila kongsikan kepada rakan-rakan anda sekarang.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. cahayamata

    saya setuju. apatah lagi dengan situasi negara sekarang…bila menonton cerita2 p.ramlee sekarang di kaca tv…saya sendiri secara tidak langsung mula berfikir. menonton filem p.ramlee bukan lagi sekadar berhibur, tetapi saya rasa ada mesej yang p.ramlee mahu sampaikan.

    June 15, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • kereta mawi suzuki swift
    Setelah 14 Tahun, Mawi Dedah Apa Yang …
    February 12, 2019 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    May 23, 2020 2
  • bekalan air
    Lembah Klang Alami Masalah Bekalan Air 24 …
    April 19, 2019 0
  • maybank2u-tabung-haji.jpg
    Cara Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung …
    May 22, 2016 1
  • Drama Jangan Benci Cintaku
    Sinopsis Penuh Drama Jangan Benci Cintaku Slot …
    July 17, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)