BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem Sampah? Ini Komen Dari Ibu

ammar November 25, 2016

Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem SampahUpin & Ipin Jeng Jeng Jeng Filem Sampah? Ini Komen Dari Ibu Muda

Upin & Ipin ada watak animasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia dari semua peringkat umur mengenali watak animasi ini.

Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya ke beberapa negara antaranya adalah seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Disebabkan permintaan dan sambutan ramai, pihak Les’ Copaque Production Sdn. Bhd selaku penerbit Upin dan Ipin mula mencuba sesuatu yang baru iaitu menggabungkan animasi upin dan ipin dengan dunia sebenar.

Les’ Copaque Production Sdn. Bhd dan KRU Studios bersama-sama menerbitkan filem terbaru yang diberi nama Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng. Ini adalah filem pertama di Malaysia yang menggabungkan dunia sebenar dan animasi.

Animasi digabungkan dengan lakonan “real” memang menakjubkan!

Namun, disebalik cerita kehebatan filem ini ada juga ibu yang tidak berpuas hati dengan filem ini. Posting seorang ibu muda ini telah menjadi viral dan setakat ini mendapat sebanyak 2.4 ribu perkongsian.

Setelah 2 tahun aku x tengok wayang ..harini la aku jejak kembali ke panggung sebab anak aku mirza xpernah missed tgk upin ipin hari-hari kt youtube

nak tunggu bayang upin ipin kena tunggu lebih kurang 20 minit bru nampak bayang upin ipin..korang taw x bertape susahnye nak tenang kan anak aku bile dia tanya mana upin ipin ?aku dgr ramai anak-anak yang petah bertanya mane upin ipin?

Filem ni sangat xbest? Ape depa ingat anak aku kenal ke awie tu sape??? David teoh tu sape??? Aqish tu sape??Yang anak aku nak tgk skrg upin ipin je 1f62d😭1f62d😭

Xsampai 1 jam ramai mak bapak yang bw anak keluar sebab anak mengamuk2 tanye mane upin ipin!

Sape punye idea la buat filem ni..korang ptut paham ape yang anak aku nak tgk..korang taw x yang tengok upin ipin ni umur 2 tahun??jadi drg nak upin ipin je! Awat la hang tnjuk artis2 yang x paedah tu..

Aku suggest kalau korang ade anak baya aku, xpyah tgk..sbab sgt2 berat untuk drg paham..

Aku xakan bg 2b50⭐️ …sebab filem ni xbuat anak aku happy ..filem SAMPAH !!filem-sampah

 

Namun, tidak adil jika penulis katakan anda mesti percaya 100% apa yang dikatakan oleh Alia Hayati kerana penulis sendiri baru-baru ini dijemput untuk menonton filem ini. Filem ini sangat menakjubkan bagi penulis.

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

  1. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
  2. Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
  3. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
  4. Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
  5. Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
  6. Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
  7. Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!

Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta

Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios,

Penaja Utama : Aliff Syukri Terlajak Laris

Edaran: Primeworks Distribution, TV3 Malaysia, TV9 Di Hatiku
Penaja Bersama: Telekom Malaysia, Upin Ipin Pasta Gigi
Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia
Disokong oleh : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan pada 24 November 2016. Jangan mudah percaya dengan cakap negatif mengenai filem ini sebelum tonton sendiri filem ini. Anda tonton dan anda nilai sendiri kualiti filem ini. Enjoy!

Prev Article
Next Article

4 Comments

  1. Bapakkecewa

    Sory la bro. Baru bawa anak td. Satu panggung budak buat hal sendiri. Upin ipin is not the main cast here.

    November 26, 2016
  2. hantu

    Upin ipin jeng jeng khas untuk orang dewasa aje banyak drama.kalau betul cerita nie best.mesti ramai akan tengok cerita upi ipin jeng jeng banyak kali diwayang.

    November 28, 2016
  3. Adam

    Saya drama tak tengok wayang jauh sekali. Adakah saya ketinggalan.

    November 29, 2016
  4. Ira

    yelaa kan, kita bwk anak tengok untuk happykan diaorang tapi tak pernah p tengok cerita nih.

    November 30, 2016

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • mira filzah
    Mira Filzah Beli Cincin Sendiri
    January 2, 2019 1
  • iqram dinzly dan yusof azmi
    Iqram Dinzly Marah Yusof Azmi Kerana Bantainya …
    December 30, 2017 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15
    August 8, 2016 0
  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 1
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 1
    July 13, 2016 0
  • azwan ali
    Saya Ada Sejuta Sebab Tidak Pergi Melawat …
    March 27, 2017 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)