Jika sebelum ini kami mendedahkan perangai pelik artis bernama Iqram Dinzly ini, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua aksi terkini beliau yang lagi pelik dan gila dari sebelum ini.
Netizen beranggapan aksi Iqram Dinzly kali ini dilihat cenderong kepada aksi gila dan [email protected] ketika sesi “live” di akaun Instagram miliknya.
Dengan gambar yang tular di laman sosial, Iqram dilihat memakan buah epal hijau dengan dicucuk pisau di kediamannya. Gambar lain juga menunjukkan Iqram seakan-akan melakukan aksi [email protected]
Namun, Iqram sendiri menjelaskan kepada Harian Metro bahawa tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya, jelasnya.
Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin beranggapan netizen yang mengkritik dirinya kerana bersifat busuk hati.
Jelasnya lagi, beliau melakukan aksi itu adalah kerana bermain dengan teknik lakonan di alam maya.
“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.
“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.
“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya.
Iqram juga memohon supaya netizen berhenti berfikiran bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya sekarang semakin bahagia.
Beliau turut memaklumkan bahawa jangan memanggilnya dengan nama Iqram lagi tetapi beliau mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.
“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang”.
Segala persoalan yang selama ini menjadi buah mulut orang ramai akhirnya sudah terjawab. Princhiqy Dinzly bukanlah seorang yang psiko tetapi aksinya itu adalah sekadar mahu bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Diharap netizen jangan berfikiran bukan-bukan mengenai Princhiqy Dinzly lagi.