BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ratusan Rohingya Selamat Mendarat di Langkawi

ammar

Nampaknya isu pendatang asing tanpa izin terutama Rohingya di Malaysia semakin membimbangkan.

Walaupun pihak berkuasa menjalankan kawalan yang ketat di sempadan negara tetapi mereka ini masih berani untuk cuba memasukan sempadan negara Malaysia dengan cara yang salah.

Seramai 269 etnik Rohingya yang dipercayai menempuh perjalanan selama hampir empat bulan dari kem pelarian di Myanmar berjaya mendarat di Langkawi, hari ini.

Kelibat bot berkenaan dilihat memasuki perairan negara jam 4.20 pagi semalam di Pantai Teluk Nibong, Langkawi.

Sumber memberitahu, 269 itu terdiri daripada 80 lelaki, 138 perempuan, 26 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan.

“Selain 269 itu, polis juga sudah menemui satu m@yat etnik Rohingya di perairan Langkawi. M@yat itu sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, 53 daripada mereka dilaporkan terjun ke laut selepas bot itu karam termasuklah seorang daripada mereka yang ditemui m@ut itu.

Katanya, sembilan tekong atau kru bot penyeludupan migran itu dipercayai meninggalkan bot berkenaan menggunakan satu lagi bot selepas memasuki perairan Malaysia.

“Bot itu dipercayai belayar dari kem pelarian Cox Bazar, di Myanmar yang mengambil masa hampir empat bulan untuk tiba di Langkawi,” katanya.

Sumber berkata, bot berkenaan dipercayai membawa lebih 500 etnik Rohingya dan 200 daripadanya dilaporkan m@ti ketika dalam perjalanan namun pihak berkuasa masih menyiasat perkara berkenaan.

Katanya, semua pelarian terbabit dibawa ke Kem Wawasan Negara di Ulu Melaka, Langkawi untuk proses dokumentasi.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan pihak berkuasa berhubung pendaratan terbaru etnik Rohingya itu dalam masa terdekat.

Melihat situasi yang berlaku ini ianya cukup membebankan Malaysia kerana terpaksa menanggung PATI yang tidak sepatutnya Malaysia tanggung. Sudah pasti apa yang berlaku ini melibatkan kos dan negara terpaksa membelanjakan wang untuk menguruskan PATI ini.

ARTIKEL LAIN  Gambar Cikgu Cun Melecun Jadi Viral

Diharap supaya ada satu undang-undang khas yang dapat menghalang PATI sewenang-wenangnya masuk ke Malaysia tanpa kebenaran seperti ini. Sama-sama kita doakan supaya Malaysia dapat menangani masalah ini nanti.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • anak kecil
    Anak Kecil Ini Mencuri Popcorn Dari Putera …
    September 29, 2017 0
  • TMJ Dedah Bukti Penyelewengan
    TMJ Dedah Bukti Penyelewengan Tan Sri Ketika …
    January 12, 2017 0
  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0
  • Muhammad Adib
    Akhirnya Mahkamah Koroner Memutuskan Punca Kem@t!an Anggota …
    September 27, 2019 0
  • sungai klang
    Bahan Kimia Mula Mengalir ke Sungai Klang
    March 14, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)