Zaman dahulu seorang suami yang bekerja dan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga perihal rumah tangga, itu perkara biasa yang berlaku. Namun, kini zaman telah berubah dan tidak seperti dahulu lagi.
Jika dahulu suami dan isteri bekerja mungkin menjadi sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu biasanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa adalah isteri dan suami yang keluar bekerja untuk mencari nafkah buat keluarga.
Dengan kepesatan ekonomi di Malaysia kini, kerjaya tidak lagi terhad kepada golongan lelaki sahaja(suami) tetapi ianya merangkumi pelbagai jantina iaitu lelaki dan wanita.
Wanita bekerjaya pada zaman kini tidak lagi dipandang pelik sebaliknya menjadi perkara biasa. Dengan ini wujudlah banyak pusat asuhan kanak-kanak atau taska bagi memberikan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Perkhidmatan sebegini dapat memudahkan lagi bagi bagi pasangan suami isteri yang bekerja.
Ada orang cakap, dunia sekarang wanita tidak boleh hanya bergantung kepada lelaki 100% adakah anda setuju? Lain orang lain pendapat dan perkara ini ada juga betulnya.
Memandangkan keadaan ekonomi sekarang semakin mencabar kerjaya tidak lagi terhad buat lelaki sahaja.
Seorang isteri iaitu Puan Anieyz Razami berpendapat bahawa isteri zaman sekarang perlu ada pendapatan sendiri walaupun suaminya baik. Jom kita ikuti coretan dari seorang isteri ini.
Masa tengok video orang interview intan, 1st thing dalam kepala masa intan cakap “saya redha, sebab saya sayangkan dia”
1st thing yang mummy fikir kenapa nak depends 100% kat lelaki… rupanya Intan ni tak keje, fully houswife. So memang dah tak boleh buat apa selain redha, dan terima walaupun hati sakit. Tapi ye lah, berkat sabar dia memang besar ganjaran pahala.
Mummy sendiri tak sebaik Intan. InsyaAllah kalau Ude betol macam yang intan cakapkan, bertanggungjawab dan mampu berlaku adil, Alhamdulillah la..
Tapi kat sini mummy nak pesan jika berlaku sebaliknya. Bukan kat Intan, kes dia dah tutup cerita sebab dia dah mention suami dia boleh berlaku adil. Ni untuk kami-kami. Isteri-isteri.
Ladies… meh mummy nak pesan.. walaupun baik, caring, BERTANGGUNGJAWAB macam mana pun suami kita, kita kena ada income sendiri!
JANGAN TUNJUK YANG KITA TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA!
No! Tunjuk yang awak tak kisah pun kalau dia tak dok! Serious! Tak salah pun jadi suri rumah, mummy pun suri rumah sambil jaga anak 2 orang.
Mengikut pengalaman Mummy sendiri. Dulu Mummy jenis selamba pakai slipper jepun. Sebab fikir nak melawa kat siapa, suami dah ada. Tapi sayang-sayang… orang laki ni walau dia kata “Tak yah bergaya la isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA! Mummy transform sejak situ jadi nak bergaya, jangan henti melawa untuk suami!
Sebab hakikatnya lelaki ni suka tengok yang cantik-cantik. Bila isteri cari duit sendiri, bila kita ada income, orang laki ni sayang nak lepas kita. Lagi-lagi kalau kita pandai jaga penampilan, pandai jaga luar dan dalam ! Diorang tak boleh lepas weiii.
Jangan depends 100% kepada lelaki. Buat la kerja keci-kecil online ke, meh jadi dropship REBORN serum, agent ke, duit dapat, reward pun dapat! Tak payah tunggu suami bagi dah awak tunjuk kat depa dulu! Lama-lama awak dah ada income 4,5 angka dia tak jadi nk kahwin lain wei. Kalau dia nak kawen juga hang cakap boleh hidup sendiri.
Mummy selalu pesan kat daddy, kalau dia nk kahwin lain, lepas Mummy. Sebab Mummy pun gian nak kawen baru juga!
Sejak mummy kabo gini la dia tak boleh kalau pergi mana tak beritahu dia. Bimbang!
Apa-apa pun usaha kita jangan lupa doa kat Allah supaya rumah tangga kita terjaga.
Sumber Asal: Puan Anieyz Razami
Bagi kami, mungkin ada betulnya juga pendapat yang diutarakan oleh Puan Anieyz Razami ini. Sebagai seorang isteri boleh juga mengikuti pendapat yang diutarakan ini. Mana tahu dengan tips yang diberikan ini ianya boleh membuatkan rumah tangga anda menjadi lebih harmoni lagi.
Kata orang masalah duit adalah punca terbesar dalam masalah rumah tangga. Jadi, kenapa tidak kita cuba untuk mencari duit sendiri dan lari dari masalah kewangan(jika ada masalah kewangan).
Zaman sekarang tidak menjadi pelik jika seorang suri rumah boleh menjana pendapatan sendiri. Terlalu banyak peluang untuk buat duit walaupun hanya sekadar berada di rumah. Jadi kenapa kita tidak mahu mencuba untuk mencari sumber pendapatan sendiri.
anuar
Suami isteri sekarang ni kena sama2 keluar bekerja… mencari rezeki untuk menyara keluarga.. dalam masa yang sama masing-masing perlu bersikap jujur dengan pasangan..