BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

2 Kali Tampil di TV Lepas Tamat Kuarantin.Tapi PM Muhyiddin Masih Tidak Bercakap Perkara Ini… Respect.

ammar

Setelah berbulan-bulan dengan sekatan pergerakan akhirnya rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.

Hari ini melalui perutusan khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD,” katanya ,” katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Masih tak sentuh isu politik

Dua kali PM Muhyiddin Yassin tampil di kaca televisyen membuat perutusan penting sejak kembali dari tempoh kuarantin, sudah tentu jumlah penontonnya juga ramai.

Pada masa sama, PH ketika ini sedang berusaha menggulingkan beliau.

Dalam dua kali ucapannya, PM didapati:

– Tidak menyentuh hal politik

– Tidak menibai PH secara sindir mahupun terang-terangan

Meskipun ini peluang besar untuknya menanam kemarahan rakyat terhadap PH.

Apa yang diucap adalah tentang ekonomi, kesihatan, keselamatan, negara, rakyat, rakyat dan rakyat.

Rata-rata netizan menyokong kepimpinan  Muhyiddin Yassin

“Saya berdoa agar keadaan dapat dikawal sebaiknya…” – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi.

Seperti ucapan sebelum ini, beliau sudah semestinya menyelitkan unsur-unsur nasihat dan petikan surah al-Quran yang sering menjadi perhatian penonton dan pendengar.

Pada penghujung kata, beliau dan barisan jemaah menteri akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat rakyat selain berdoa agar semua situasi dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku, namun itulah kuasa dan perancangan Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 54…

“Buat seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama saya dan barisan jemaah menteri saya untuk memastikan negara kita terus maju dan gemilang,” katanya.

ARTIKEL LAIN  Ramai Perempuan Mesej Kacau, Tapi Suhaimi Kuat Iman

Saya rasa ramai orang tulis poin-poin penting, terutamanya berkaitan bantuan-bantuan baru kerajaan kepada rakyat, daripada ucapan Perdana Menteri ke-08 #PM8 tadi. Jadi saya tak tulis pasal tu la ye, OK?

Saya sekadar nak tulis cara cakap PM8 berucap sepanjang PKPCovid19 ni sangat relaks; ada dua elemen yang saya rasa sangat penting iaitu

1) Sentuh hal-hal rakyat sahaja; bagaimana nak jaga diri, bantuan-bantuan kepada rakyat, cara nak jana ekonomi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, mak cik Kiah jual pisang goreng, Suami Masak Apa Hari Ni, bla bla bla.Ucapan ada doa yang dibaca tenang, yang ni terasa dekat di hati.

2) Tak sebut pasal politik kepartian; tak sebut kerajaan sebagai Kerajaan PN, tak sebut pasal Pembangkang walaupun ada je artikel-agenda PH yang viral, tak nampak berpolitik sepanjang PKP ini.

Dan ada sekurang-kurangnya satu kali ada kerendahan diri apabila menyebut ayat berbunyi (lebih kurang) begini “Walaupun kerajaan ini bukan kerajaan pilihan anda, anda harus tahu kerajaan ini sangat komited prihatin untuk menjaga rakyat…” Dan ada elemen memohon maaf daripada rakyat. Ingat tak?

Sekadar pemerhatian saya, sebagai seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab saya rasa, PM8 ni tampak abah-abah betul. Macam abah jaga anak. Rasa rilek dengar ucapannya, tak rasa kelam-kabut risau…

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hantar hadiah kepada Sugu Pavithra, ingat? Oh, ini sangat win.

Moga cepat Allah hilangkan pandemik Covid19 ini dari muka bumi. Tak larat dah tengok insan-insan mulia berkorban berjuang menjadi barisan hadapan… Dan tak larat dah tengok sebilangan manusia yang hentam sana-sini menuding jari.

Sama-sama kita doakan semoga Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan untuk mentadbir negara. Amin….

Semoga Malaysia ini terus maju aman dan sejahteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-8 ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • butik mewah lv
    Masuk “High End Boutique”, Promoter Pandang Atas …
    August 16, 2017 0
  • syirian work
    Dulu Jual Pen Sambil Dukung Anak Kini …
    July 13, 2017 1
  • adik dari langkawi
    (VIDEO) Kebolehan Adik Dari Langkawi Ini Membuatkan …
    July 29, 2024 0
  • punca sebenar cubaan bunuh anggota komando.png
    Kemungkinan Ini Punca Cubaan Bunuh Anggota Komando
    April 19, 2016 0
  • shukrey
    Hentikan Fitnah, Shukrey Sebenarnya Tak Bersalah
    September 28, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)