BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

MyBayar Saman: Cara Daftar dan Login Akaun Semak Saman Polis

Islah Ibrahim

Bersempena dengan Hari Polis yang ke -214, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil untuk lebih memudahkan pemandu kenderaan berlesen di Malaysia dengan memperkenalkan aplikasi MyBayar Saman.

Kini anda boleh menyelesaikan bayaran saman anda hanya menggunakan aplikasi MyBayar Sama menggunakan telefon pintar sahaja. Ini adalah satu usaha kerajaan untuk mendigitalkan pelbagai urusan rakyat Malaysia demi untuk memudahkan rakyat untuk menyelesaikan urusan sama dari mana sahaja.

Jika sebelum ini anda hanya boleh membuat semakan menerusi portal PDRM atau MyEG, kini anda boleh membuat semakan secara terus melalui aplikasi MyBayar Saman dan terus boleh membuat bayaran tanpa perlu pergi ke kaunter.

MyBayar Saman

Cara Daftar dan Login MyBayar Saman

Berikut adalah kaedah untuk mendaftar ke aplikasi MyBayar Saman.

  1. Sila sediakan maklumat yang diperlukan seperti no kad pengenalan anda dan no telefon yang aktif.
  2. Anda boleh mendaftar pada pautan dalam jadual dibawah.
ItemLink Pautan
Cara daftarhttps://mybayar.rmp.gov.my/en/registration

3. Semasa mengisi maklumat, anda diminta mengisi OTP yang akan dihantar ke no telefon pintar yang anda telah daftarkan semasa membuat pendaftaran pada pautan di atas.

4. Masukkan kata laluan atau password yang akan digunakan semasa login dalam sistem ini nanti. Pastikan kata laluan yang anda bina unik dan susah untuk tujuan melindungi privasi.

5. Selepas anda memasuki semua maklumat yang diperlukan, jika tiada sebarang masalah semasa mendaftar, urusan pendaftaran anda akan dinyatakan ‘Berjaya’ dan anda boleh terus login ke sistem.

Cara Untuk Login Ke Sistem

Berikut adalah cara untuk login ke sistem.

ItemLink Pautan
Login MyBayar Samanhttps://mybayar.rmp.gov.my/en

Ini adalah contoh tangkap layar pengguna aplikasi ini yang telah membuat bayaran. Sangat mudah dan menjimatkan masa!

ARTIKEL LAIN  Senarai Plaza Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)

Melihat senarai saman

senarai saman

Selepas membuat pembayaran melalui aplikasi dan transaksi anda berjaya!

263756505 4983361875015730 1964039007462852452 n

Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan aplikasi atas talian ini, anda boleh menghubungi Cawangan Pengurusan PDRM pada nombor talian 03-22663346/03-22663347.

Walaupun aplikasi ini telah memudahkan pemandu untuk membayar saman, tetaplah mematuhi peraturan jalan raya. Semua undang-undang diwujudkan untuk memelihara keselamatan anda di jalan raya. Selamat memandu!

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: E Pengambilan PDRM
    November 21, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • upm
    Pergi UPM Naik Helikopter, Sumbang RM1 Juta
    January 23, 2018 1
  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0
  • biodata dato sani express
    Biodata dan 10 Fakta Menarik Dato’ Sani …
    July 18, 2017 5
  • 3 idiots Memusnahkan Keindahan Ladakh
    Lihatlah Bagaimana “3 Idiots” Memusnahkan Keindahan Ladakh
    June 30, 2017 1
  • 296048369 5633694996649971 1699662502501861420 n
    APDM Login: Aplikasi Pangkalan Data Murid Dan …
    November 16, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)