BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Online 2022

ammar

Semakan daftar pemilih kini mudah dan senang. Dengan sistem yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini anda boleh membuat semakan secara atas talian atau “online”.

Sistem ini sangat memudahkan rakyat Malaysia yang telah layak untuk mengundi. Hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan sahaja anda akan dapat mengetahui semua info daftar pemilih yang telah disahkan.

PERHATIAN! Semakan daftar pemilih ini hanya boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia yang telah membuat daftar pemilih. Jika belum lagi membuat daftar pemilih, maklumat anda tidak akan terpapar di dalam sistem ini walaupun anda rakyat Malaysia. Jadi, segeralah untuk daftar pemilih untuk membuat semakan daftar pemilih ini.

Bagaimana Untuk Semak Daftar Mengundi dan Lokasi Mengundi?

Bagi rakyat Malaysia yang telah daftar sebagai pengundi anda boleh membuat semakan status dan tempat mengundi dengan masuk ke laman web http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/

Setelah masuk ke laman web itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan “aksara aaptcha” yang tertera di bawah nombor kad pengenalan. Klik butang semak dan maklumat daftar pemilih akan kelihatan seperti gambar di bawah ini.

Di dalam sistem ini anda akan dapat mengetahui lokasi mengundi, daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri yang anda layak mengundi. Sebarang perubahan tempat mengundi anda boleh terus menghubungi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia(SPR) sebelum tarikh mengundi.

Semakan Daftar Pemilih

Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi Secara SMS

Selain menyemak daftar pemilih dan lokasi mengundi secara online anda juga boleh menyemak status secara sistem pesanan ringkas(SMS).

Semakan secara SMS. Anda perlu menaip SPR(jarak) SEMAK(jarak) No.Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Talian Hotline 03-8892 7018/03-88927200.

ARTIKEL LAIN  GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM

Perhatian! Bagi yang belum membuat daftar pemilih sebagai pengundi anda bolehlah mendaftarkan diri anda di:

(a) pejabat-pejabat SPR
(b) pejabat-pejabat pos berkomputer
(c) wakil-wakil jabatan
(d) wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);
(e) Pasukan Outreach SPR

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Buat rakyat Malaysia yang bakal mengundi tidak lama lagi, semoga artikel ini memberikan info yang jelas mengenai semakan daftar pemilih untuk Pilihanraya Umum ke-15 yang bakal berlangsung.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. mashitah

    assalamualaikum. saya baru saja buat semakan. di bahagian kotak kuning paling atas tersebut, dia tulis ” pemohon yang sedang diproses” . lain dari yang saudara lampirkan seperti contoh diatas. di bahagian rekod status ” sedang dalam pameran rang”. apa maksudnya tu ?

    July 24, 2017
  2. Pingback: Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018
  3. Pingback: Pengalaman Kerjasama Dengan Buruh Ladang Viral, Wanita Ini Dedah Sisi Sebenar Beliau,Tak Sangka Dia Macam Tu
    October 31, 2022
  4. Pingback: “Adik Nak Beli Tak? Kalau Beli, Adik Pelanggan Pertama Pakcik Hari Ni” Terus Berubah Air Muka…
    October 31, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pembayaran i citra
    Tarikh Bayaran i-Citra Untuk Ogos dan Ini …
    August 3, 2021 0
  • gambar2520jerebu2520di2520malaysia1
    Punca Berlakunya Jerebu di Malaysia
    September 15, 2015 2
  • kelayakan2520pinjaman2520perumahan2520mengikut2520gaji
    Kelayakan Pinjaman Perumahan Mengikut Gaji
    October 28, 2015 4
  • Gambar Muslim Sedang Berdoa
    Niat ,Cara Solat Tahajjud Dan Doa Tahajud
    November 23, 2022 0
  • Akaun Maybank
    TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank …
    June 8, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)