BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jangan Bebankan Lelaki Dengan Meminta Wang Hantaran Tinggi

ammar

duit hantaran kahwin.jpg Jangan Bebankan Lelaki Dengan Meminta Wang Hantaran Tinggi

Islam mensyariatkan perkahwinan untuk memenuhi naluri fitrah semula jadi manusia. Ia juga merupakan satu pengiktirafan sebuah ikatan yang sah dan halal.

Menerusi perkahwinan perkara yang dahulunya haram akan menjadi halal selepas ijab dan kabul. Terdapat beberapa perkara wajib dan sunat dalam majlis perkahwinan. Antara perkara wajib dalam perkahwinan adalah mahar(mas kahwin). Mahar atau lebih dikenali sebagai mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Sekiranya suami masih lagi berhutang mas kahwin, maka si isteri berhak menolaknya untuk bersama. Sekiranya mas kahwin diberikan kepada isteri, maka wang tersebut adalah hak sepenuhnya kepada wanita tersebut.

Terdapat juga perkara sunat dalam perkahwinan iaitu hantaran. Hantaran merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan(selalunya). Pada zaman ini, kadarnya berbeza-beza sehingga ada yang meletakkan nilai mengikut kelulusan wanita tersebut. Jangan terkejut pada zaman sekarang nilai hantaran RM10 ribu pun dianggap rendah.

Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk memberi berapa yang dia mampu sebagai hadiah dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan untuk menetapkan (seolah-olah paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Duit hantaran mahupun barang hantaran tidak wajib dalam sesebuah perkahwian.

Mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.

Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali) dan bukannya tanggungjawab seorang pengantin lelaki.

Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu. Mudahkan perkahwinan, hayati kebahagiaan, moga diberkati.

ARTIKEL LAIN  Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / 2024 Secara Online dan SMS
Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. anuar

    Setiap kali time cuti sekolah, topik ni pastinya akan diperkatakan di mana2 tempat… huhuhu..

    December 22, 2015
  2. zonan

    sebab itulah orang laki-laki kena kerja lebih kuat.

    takut-takut terkena macam ni.

    bukan nak kata apa, memang majoriti macam nih.

    sabaq ajelah.

    March 12, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • cara tukar password unifi.jpg
    Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi
    January 24, 2016 15
  • pjawtam1 1582725366
    Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk …
    November 25, 2022 0
  • E2Ow5dtVIAIv1s
    Ranking Universiti Awam di Malaysia 2022 Terkini …
    November 27, 2022 0
  • 11102020thijaris 1
    Thijari, Login & Cara Daftar Tabung Haji …
    October 20, 2022 1
  • Istana Syarqiyyah Terengganu e1438309595555
    Gambar Dalaman Istana Baru Diraja Terengganu
    June 5, 2015 32

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)