BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

2 Doa Naik Kenderaan Rumi dan Arab (Panduan Lengkap)

Islah Ibrahim December 9, 2022
doa naik kenderaan
Happy muslim family smiling at the car window while looking at the camera, shot outdoors

Jom kita sama-sama belajar membaca doa naik kenderaan yang boleh diamalkan setiap kali kita menaiki kenderaat darat, udara dan laut.

Anda akan dibantu dengan cara bacaan rumi untuk memudahkan anda yang masih lemah untuk membaca dalam tulisan arab/jawi.

Dalam setiap urusan kehidupan kita, sebagai seorang Muslim, kita mempunyai pelbagai amalan doa untuk memastikan setiap perbuatan atau aktiviti kehidupan kita ada hubung kaitnya dengan akhirat. Doa naik kenderaan adalah salah satu dari amalan doa yang membantu kita ingat dan mencari keredhaan Allah semas menaiki kenderaan.

Secara tidak langsung, semasa naik kenderaan, kita harus ingat bahawa tujuan kita menaiki kenderaan adalah untuk melakukan perkara yang baik atau harus dan bukan bertujuan untuk menuju ke destinasi yang diharamkan.

Doa Naik Kenderaan Darat

151974901 125414442828685 4261853034925448777 n
2 Doa Naik Kenderaan Rumi dan Arab (Panduan Lengkap) 4

Doa Naik Kenderaan Darat Rumi

Subha nalladzi Sakhoro Lana Ha Za

Wama Kunna Lahu Muqrinin

Wainna Ila Rabbina Lamun Qolibuun..

Maksud Doa Naik Kenderaan Darat

“Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada tuhan kitalah kita akan kembali”

Doa Naik Kenderaan Laut dan Udara

12208835 138076313215108 6440069951665222207 n
2 Doa Naik Kenderaan Rumi dan Arab (Panduan Lengkap) 5

Doa Naik Kenderaan Laut dan Udara Rumi:

Bismillahi Majrihe haa, Wa Mur sahaa, Inna Robbiy La Gho Fu rurRahim..

Maksud Doa Naik Kenderaan Laut dan Udara:

“Dengan nama Allah, ketika mula bergerak (perjalanan) dan berhenti ( berlabuh dan mendarat), sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Adab-Adab Semasa Menaiki Kenderaan

1. Bacalah Bismillahirahmanirrahim sebelum memulakan perjalanan atau semasa menaiki kenderaan.

2. Membaca doa naik kenderaan

Amalan membaca doa menaiki kenderaan adalah bertujuan untuk mencari kebaikan dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan ketakwaan kepada Allah. Kita juga ingin menghindarkan diri dari melihat pemandangan yang buruk dan perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

3. Dimulakan dengan langkah kanan

Semasa ingin menaiki kenderaan, mulakanlah kaki kanan semasa masuk dalam kenderaan

4. Mengikut giliran

Jaga tatasusila kita semasa menaiki kenderaan, contohnya jika kita menaiki kenderaan awam yang memerlukan kita menunggu giliran, patuhilah peraturan sebaiknya seperti beratur, menghormati orang lain disekeliling dan menjaga tingkah laku

ARTIKEL LAIN  Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas Polis Mengikut Pangkat

5. Mengutamakan disiplin semasa berada di jalan raya

Banyak kemalangan berpunca dari sikap kita sendiri yang mengabaikan undang-undang dan melakukan perkara yang mengundang kepada kemalangan seperti bermain telefon semasa memandu, langgar lampu jalan dan sebagainya

6. Berbuat baik dan mengutamakan orang lain yang dalam kesusahan

Jika menaiki kenderaan awam, kita sedang duduk di kerusi, dan ada penumpang yang baru tiba kelihatan agak uzur, mengandung atau lain-lain, raikanlah dia dengan memberi tempat duduk anda. Anda telah melakukan sesuatu yangs sangat mulia

Sunnah Nabi Semasa Dalam Perjalanan

Semasa dalam perjalanan, tidak kira berjalan kaki atau menaiki kenderaan, kita disunatkan untuk membaca takbir ketika melalui kawasan yang tinggi yang memerlukan pendakian kemudian membaca tasbih ketika melalui cerun atau menuruni kawasan yang rendah.

Bacalah dalam keadaan biasa dan makruh jika dibaca dengan nyaring.

Semasa dalam perjalanan, anda mestilah dalam keadaan sentiasa tenang. Sentiasa bersedia dengan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan, kesesakan, dan perkara-perkara lain.

Hendaklah kita bersabar semasa dalam perjalanan khususnya semasa sedang bermusafir, menjaga kata-kata yang keluar dari mulut. Kerana perbuatan itu tidak disukai Allah S.W.T

Berdoa dan berharaplah kepada Allah kerana Allah sahaja lah yang Maha Melindungi perjalanan kita.

Penutup

Banyak kes-kes kemalangan sering terpampang di media sosial dan dada akhbar. Ianya sudah menjadi kebiasaan dan kuantiti kejadian bertambah-tambah semasa musim perayaan. Kita tidak mahu ini terjadi, tetapi apakan daya, ianya semua berlaku atas keizinan Allah. Apa yang penting, kita memohon perlindunganNya dan memohon agar Allah menjaga perjalanan kita dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Amalan membaca doa menaiki kenderaan adalah usaha atau ikhtiar kita demi mencari keredhaan Allah. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda. Semoga ianya menjadi panduan lengkap buat anda. Jangan lupa hafal bacaannya dan jadikan sebagai rutin harian kita semasa menaiki kenderaan. Hafallah kedua duanya iaitu doa menaiki kenderaan darat, laut dan udara.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 6
    Semak Bil Astro Melalui IC, SMS Dan …
    November 27, 2022 0
  • noname 8
    SPLKPM Guru : Cara Login Dan Kemaskini …
    November 22, 2022 0
  • maksud disebalik setiap gred jawatan kerajaan
    MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN
    October 19, 2014 0
  • siapa2520pengasas2520fahaman2520komunis1
    Inilah Pengasas Fahaman Komunis Yang Menafikan Kewujudan …
    September 22, 2015 1
  • Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    Semakan Nama Daftar Pemilih PRU14 2018 Online
    April 12, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)