BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cuti Umum Kelantan 2023 (Cuti Peristiwa dan Hari Kelepasan AM)

Islah Ibrahim December 28, 2022
cuti umum kelantan 2023
Cuti Umum Kelantan 2023

Dalam artikel ini akan dikongsikan kepada anda makluman jadual cuti umum Kelantan 2023 yang mengandungi cuti peristiwa atau hari kelepasan am bagi negeri Kelantan Darul Naim.

Negeri Kelantan Darul Naim cukup terkenal sebagai sebuah negeri pertanian kerana mempunyai banyak kawasan tanaman padi serta perkampungan nelayan. Negeri Kelantan terletak di pantai timun dan mempunyai beberapa sempadan negeri dan negara Thailand. Sempadan negeri seperti dengan Terengganu, Perak dan Pahang.

Kelantan adalah negeri yang berjiran dengan wilayah selatan Thailand yang cukup dikenali dulu sebagai negeri Patani Salam. Dari segi sejarah, Kelantan mempunyai hubungan yang rapat dengan Kesultanan Melayu Patani.

Oleh sebab itu, Kelantan cukup sinonim dengan budaya yang agak unik dan saling berkait rapat dengan budaya negeri Patani.

Perkongsian cuti umum kelantan 2023 ini adalah sebagai panduan untuk anda yang ingin merancang untuk bercuti di negeri Kelantan dan juga rujukan untuk penduduk negeri Kelantan sendiri yang ingin bersiar-siar di kawasan tertentu.

Perancangan anda akan lebih mudah sekiranya mendapatkan informasi cuti umum kelantan 2023 ini.

Kalendar Cuti Umum Kelantan 2023

PERISTIWA/HARI KELEPASAN AMHARITARIKH
Tahun Baru CinaAhad22 Januari 2023
Tahun Baru Cina Hari Ke-2Isnin23 Januari 2023
Sambutan Nuzul Al-QuranSabtu8 April 2023
Cuti Nuzul QuranAhad9 April 2023
Hari Raya AidilfitriSabtu22 April 2023
Hari Raya Aidilfitri Hari ke-2Ahad23 April 2023
Cuti Hari Raya AidilfitriIsnin24 April 2023
Hari Pekerja/BuruhIsnin1 Mei 2023
Sambutan Hari WesakKhamis4 Mei 2023
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan AgongIsnin5 Jun 2023
Hari Raya AidiladhaKhamis29 Jun 2023
Hari Raya Aidiladha Hari Ke-2Jumaat30 Jun 2023
Sambutan Awal MuharamRabu19 Julai 2023
Hari Kebangsaan/KemerdekaanKhamis31 Ogos 2023
Hari MalaysiaSabtu16 September 2023
Cuti Sambutan Hari MalaysiaAhad17 September 2023
Sambutan Maulidur RasulKhamis28 September 2023
Hari Keputeraan Sultan KelantanSabtu11 November 2023
Sambutan DeepavaliAhad12 November 2023
Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari KeduaAhad12 November 2023
Cuti Hari Keputeraan Sultan KelantanIsnin13 November 2023
Sambutan Hari KrismasIsnin25 Disember 2023
Cuti Umum Kelantan 2023

10 Tempat Menarik Di Kelantan

Selepas anda mengetahu jadual cuti umum Kelantan 2023, inilah masanya untuk anda merancang dimanakah lokasi menarik yang ingin anda kunjungi. Berikut adalah 10 pilihan menarik untuk cadangan kepada anda.

Cuti Umum Kelantan 2023

1. Pasar Siti Khadijah

Disinilah berkumpulnya para peniaga wanita dan tempat para wanita untuk meluangkan masa berjam-jam untuk membeli barangan. Pasar basah kering ini menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibeli dan sesuai untuk dijadikan buah tangan.

Antara barangan menarik disini ialah pakaian, kain wanita, kain ela, alatan solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran untuk perkahwinan dan banyak lagi.

Majoriti peniaga di Pasar Siti Khadijah adalah wanita, ianya merupakan satu pemandangan yang baru bagi anda yang pertama berkunjung ke pasar ini. Disini juga boleh dijadikan tempat ‘one stop centre untuk pengunjung merasai pelbagai pilihan makanan tradisional seperti akok, nasi tumpang, etok salai , nasi kerabu, dan pelbagai pilihan jenis kuih-muih.

ARTIKEL LAIN  Semakan Bantuan MAIDAM 2022 Dan Syarat Permohonan MAIDAM Terengganu

2. Membeli Belah di Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar yang mirip dengan Thailand ini turut boleh didapati di negeri Kelantan. Lokasinya berada di Pulau Suri Tumpat. Bagi pengunjung yang ingin mencari makanan-makanan popular orang Kelantan, boleh berkunjung ke Pasar Terapung ini.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat pemandangan menarik sekeliling Sungai Kelantan yang cukup menarik. Pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja, pengunjung akan dikenakan bayaran yang sangat minimum untuk masuk ke Pasar Terapung dan termasuk bayaran tambang bot.

3. Aktiviti Mandi Manda di Air Terjun Jelawang

Lokasi ini bertempat di Gunung Stong. Air terjun Jelawang adalah air terjun yang cukup popular di negeri Kelantan. Ia sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti bermandi manda, dan merupakan air terjun yang tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara. Bagi anda yang sukakan aktiviti pengembaraan dalam hutan, aktiviti hiking,inilah tempat yang sesuai sekiranya berkunjung ke Kelantan.

4. Monumen Islamik Masjid A-Rahman

Jika anda sukakan kepada monumen kesenian dan sukakan binaan bangunan yang unik, berkunjunglah ke Masjid Ar-Rahman yang berlokasi di Pengkalan Chepa. Lokasinya hanya sekitar 10 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Bharu.

Masjid ini dibina dengan kayu cengal serta kaya dengan seni ukiran kayu yang bermotifkan kesenian Islam Melayu. Disini turut terdapat ukiran ayat suci Al-Quran yang cukup halus seninya.

5. Membeli Belah di Pasar Wakaf Che Yeh

Pasar ini cukup sinonim dengan Negeri Kelantan, ianya sebuah pasar yang sangat besar. Ianya tempat yang sangat meriah di sebelah malam sehingga ke awal pagi esok. Di Kota Bharu tidak seperti di Kuala Lumpur yang penuh dengan kedai mamak 24 jam. Tapi sekiranya anda mencari suasana sedemikian untuk memenuhi aktiviti percutian anda di Kota Bharu di waktu malam, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda berkunjung setelah anda ketahui cuti umum kelantan 2023.

6. Membeli Belah di Bazar Tok Guru

Inilah syurga borong dan destinasi untuk membeli belah yang terbaik untuk para wanita. Ianya dibuka pada tahun 2011 dan terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Bazar ini telah menempatkan lebih 300 lot kedai yang menyediakan produk-produks seperti kain ela, tudung, baju wanita, telekung solat dan sebagainya.

Lokasinya yang dikatakan cukup mudah diakses menjadikan ianya sebagai destinasi pilihan buat kaum wanita yang inginkan mencari syurga membeli belah.

7. Bersiar-siar di Rumah Api Pantai Senok

Sebuah destinasi yang menarik bertempat di pantai Kota Bharu. Anda boleh jadikan lokasi ini untuk bersantai, lepak petang dirimbuni dengan landskap pokok rhu yang tumbuh tinggi dan sangat redup.

Lokasi yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi untuk bergambar, berselfie atau gambar perkahwinan.

8. Membeli Belah di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Sama seperti lokasi bebas cukai Pengkalan Kubor, Rantau Panjang juga menjadi pilihan untuk membeli belah barangan seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, toto, sudu grafu dan pelbagai lagi.

Di sini terdapat banyak pilihan kedai dan cukup besar untuk kunjungan para pelancong. Anda juga berpeluang untuk menikmati makanan-makanan Thailand yang mudah ditemui di sini.

9. Melawat Muzim Negeri Kelantan

Berlokasi berhampiran dengan menara jam atau bulatan di Tuan Padang Kota Bharu. Muzium ini mempamerkan pelbagai bahan sejarah, artifakm infografik sejarah Kelantan serta koleksi barangan kesesian seperti wayang kulit, dikir barat, mak yong, menora, gasing dan juga instrumen muzim tradisional Kelantan.

10. Ziarah di Masjid Kampung Laut

Di negeri Kelantan terdapat banyak masjid yang boleh dilawati, Masjid Kampung Laut antara lokasi yang tidak akan dilepaskan kerana antara masjid yang mempunyai senibina yang cukup unik dan kaya dengan nilai sejarah yang tinggi.

Masjid ini terletak di Nilam Puri dan merupakan masjid yang tertua masih wujud dalam benua Nusantara.

Perkongsian mengenai cuti umum kelantan 2023 ini bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk anda merancang perjalanan anda ke negeri Kelantan Darul Naim. Jom melawat Kelantan dengan pelbagai pilihan lokasi yang menarik.

Cuti Umum Kelantan 2023

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    October 25, 2016 0
  • petua bibir pink.jpg
    Petua Buat Bibir Pink Semulajadi
    April 19, 2016 0
  • Kos Yang Ditawarkan di UIA gombak
    Kursus Atau Kos Yang Ditawarkan di Universiti …
    June 8, 2023 0
  • pure white background 85a2a7fd 10
    Cuti Umum Selangor 2023 dan 2022 (Hari …
    November 28, 2022 0
  • cara tukar password unifi.jpg
    Tutorial Cara Tukar Nama dan Password Unifi
    January 24, 2016 15

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)