BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini Menghidap Kanser Perut?

ammar

kanser lambung.jpg Akibat Makan Makanan Sisa Semalam Wanita Ini Menghidap Kanser Perut?

Kisah sedih seorang wanita yang meninggal dunia akibat penyakit kanser perut telah viral di laman sosial sejak akhir tahun lepas. Berat badannya dari 60 kg turun menjadi 28 kg dalam masa 1 tahun dan akhirnya meninggal dunia.

Punca sebenar wanita itu menghidapi penyakit kanser perut dikatakan kerana terlalu sering makan makanan sisa semalam. Tetapi sejauh mana kebenaran kisah ini?

Anak gadisnya yang berusia 19 tahun dengan sangat serius berkongsi perkara tersebut untuk memperingati semua orang supaya tidak melakukan hal yang sama lagi.

Gadis itu berkata:

“Setiap kali kamu memanaskan sayur lauk sisa kemarin, itu akan menyebabkan nitrite bertambah. Nitrite yang terkandung di dalam makanan jika dimakan dalam jangka waktu yang lama, akan menjadikan itu sebagai racun dan menyebabkan kanser.

Semoga setiap keluarga tahu akan hal ini, jangan lagi makan makanan sisa yang di panaskan. Dalam keadaan sekarang, makanan sisa sering dianggap remeh dan masih di amalkan oleh setiap keluarga terutama keluarga golongan sederhana. Mama saya mengindap kanser lambung(kanser perut), kemoterapi juga sudah dijalankan 8 kali dan mengikuti program pemulihan, namun karena terlalu ganas kanser yang ada dalam tubuhnya membuat beliau meninggal, katanya”

kanser usus perut.png

Setelah kisah ini viral di laman sosial, rata-rata pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan andaian gadis itu. Ada yang memberikan komen-komen seperti berikut:

X salah klu panas dan mkn lauk smlm tp tgk dari segi cara pnskan….klu pnskan dlm mickrowave mmg la x bgs…dh hari2 pakai mickrowave mmg la blh menyebabkan kanser…..tp klu panaskan di atas dpr gas tiada mslah rasenye…

Myb sisa yg dia mkn dh tercemar.. Xsmpn elok2… Punca sebenar jadinya kanser byk sgt.. Bkn sb sisa mknn je.. So kena kaji btl2…

Nenek aku dah 50 taun makan sisa semalam xde pun kes mcm ni.. Pigidah..!!

mcm pnt nk msk shri 2x sb tkut mknan xhbis..bila xhbis syg nk dbuang..mcm mn hidup org y ssh tu..sdgkn sisa smlm xbasi tp xelok dmakan..wallahua’lam

Pandangan Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

ARTIKEL LAIN  LTTE : Khalid Samad Mahu Polis Tunjuk Bukti

Amalan pemakanan yang sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.bagi kebanyakan penyakit tentu amalan pemakanan mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang di hadapi.

Kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (NNitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah (selepas di panaskan)  menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. titan

    ada banyak sebab.

    tapi better jaga bab makan.

    kalau leh, habiskan apa yang kita dah masak.

    jangan dok panaskan lebih dari 1 kali.

    tak abis jugak.

    buang.

    January 26, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • rendang ayam tak rangup
    Disingkirkan Dari MasterChef UK Kerana Rendang Ayam …
    April 3, 2018 1
  • Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah
    October 13, 2016 0
  • bot rohingya
    Dua Bot Rohingya Tunggu ‘Line Clear’ Untuk …
    May 11, 2020 0
  • status-phd-dr-azizan-osman-penipu
    Kenyataan Rasmi Penipuan Status PhD Dr Azizan …
    October 6, 2016 4
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)