BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu Dalam Penj@ra? Inilah Kehidupan Dia Sekarang

ammar

Beberapa tahun yang lepas kita dikejutkan dengan satu video viral seorang bandu@n yang mengaji di dalam penj@ra dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu.

Dek kerana tersebarnya rakaman video itu, ramai mula tertanya-tanya siapakah remaja lelaki itu. Akhirnya, segala persoalan mengenai lelaki yang mengaji di dalam penj@ra itu terjawab.

Remaja itu adalah seorang Imam Muda Ustaz Nafsyam Yakob, bekas pelajar Maahad Tahfiz An-Nur Kesang Laut, Muar , yang juga pernah menjadi imam masjid Petaling dan berasal dari Phnom Penh, Kemboja.

Punca beliau dihukum penj@ra di Malaysia ketika itu adalah kerana memiliki pasport yang telah tamat tempohnya. Beliau dihukum penj@ra selama 6 bulan di Malaysia.

Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu dalam Penj@ra

Masih ingat kisah remaja mengaji merdu mendayu dayu dalam penjara. Subhanallah memang feeling habis dengar bacaan beliau. Yang pasti ada yang menitiskan air mata apabila mendengar dan menghayati bacaannya itu.

Diceritakan oleh Abdul Latip Talib

Saya pernah di hukum penjara di Malaysia selama 6 bulan kerana memiliki pasport yang telah tamat tempohnya. Demikian kata Imam Muda Kemboja ini yang saya temui semasa menghantar bantuan ke Kemboja.

Bagaimana dengan layanan yang tuan terima semasa dalam penjara? Tanya saya pula. Jawabnya, Alhamdulillah kerana saya pandai membaca al Quran dan ada sedikit ilmu agama maka saya disuruh mengajar para banduan dengan ilmu agama, begitu ceritanya.

Berita mengenai anak muda ini yang menghabiskan masa selama dalam penjara dengan membaca al Quran dan mengajar banduan ilmu agama pernah tersiar.

Menurutnya lagi beliau balik ke kemboja kerana ayah dan ibunya sudah uzur dan sakit. Bercita-cita mahu datang ke Malaysia lagi kerana beliau pernah menjadi imam di masjid Petaling.

ARTIKEL LAIN  Menteri Kanan (Keselamatan) Tak Benarkan Rakyat Balik Kampung

Sebelum kami bepisah anak muda suara merdu apabila membaca Al-Quran dan fasih bercakap Melayu itu berbisik pada saya, saya malu tapi saya terpaksa, sekarang saya tidak ada kerja menjaga ayah dan ibu yang sakit. Mereka perlukan makanan dan perubatan. Saya ada hajat dengan Pak Latip.

Itulah sedikit sebanyak kisah anak muda suara merdu yang kini tinggal di kampung halamannya di Kemboja. Ianya diceritakan oleh Penulis Novel Sejarah Abdul Latip Talib.

Semoga suatu hari nanti Imam Muda Ustaz Nafsyam Yakob akan kembali ke Malaysia untuk menjadi imam di sini dan mengalunkan bacaannya yang merdu itu. Insyaallah.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu
    Rev Asia Beli Tiga Laman Web Melayu …
    December 23, 2016 3
  • anwar senyum
    Anwar Yakin Jadi PM Dengan Sokongan Majoriti
    April 17, 2020 0
  • sm salim
    Amanat Terakhir SM Salim Kepada Rakyat Malaysia …
    December 29, 2016 1
  • Pesanan Amran Fans kepada Syed Saddiq
    Terbawak-bawak Perangai Budak Umur 25 Tahun Ini …
    May 24, 2018 0
  • bella astillah menangis
    Suami Buat Hal Lagi, Bella Astillah Tunjuk …
    February 27, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)