BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dihentam Kerana Tiada di Stadium Semasa Sukan SEA, TMJ Jawab dan Petik Nama En. Ibdillah

ammar August 18, 2017

Beberapa hari lepas pasukan bolasepak Malaysia bawah 22 tahun telah berjaya mencipta dua kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017. Tahniah diucapkan kepada pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee!

Namun, disebalik kejayaan pasukan Malaysia itu ada sesuatu yang tidak enak didengar dari sesetengah nitizen yang cuba memprovokasi ketiadaan Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM.

Ada sesetengah pihak ada yang mempertikai ketiadaan Presiden FAM di stadium menyaksikan perlawanan Malaysia. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya hari ini DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.

Dalam posting yang diterbitkan di facebook itu, TMJ memetik nama En. Ibdillah. Siapakah En. Ibdillah? Berikut di bawah ini adalah jawapan dari TMJ.

Jawapan dari TMJ

Assalammualaikum W.B.T. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan B-22 atas dua kemenangan mereka dalam peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017. Saya juga ingin menyampaikan pesanan kepada para pemain supaya jangan pedulikan apa yang media cetak atau media sosial perkatakan. Anda harus fokus dan beri tumpuan kepada setiap perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Ingatlah bahawa tidak ramai yang dapat menyarung jersi kebangsaan. Anda sepatutnya berasa bangga kerana ia satu penghormatan tertinggi oleh kerana anda terpilih menyarung jersi kebangsaan. Jangan dilayan dengan mereka yang semata-mata mahu mengkritik, kerana anda mewakili dan berkorban demi negara. Walau apa pun keputusan, menang ataupun kalah, biar saya yang tanggung dan berdepan dengan mereka. Biar saya yang pikul tanggungjawab tersebut di atas bahu saya. Kerana, negara dan keluarga anda tetap bangga dan berterima kasih kepada anda kerana anda sudah cuba yang terbaik dan berjuang untuk negara tercinta.

Keduanya, berkenaan dengan beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa saya tiada di stadium untuk memberi sokongan pada skuad kebangsaan di Sukan Sea 2017 ini. Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit. Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan. Baru-baru ini juga, DYMM Sultan Johor mengurniakan RM4 juta kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan. Insentif kepada skuad kebangsaan B-22 juga telah diberikan apabila mereka berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.

Buat masa yang sama saya juga berjumpa dengan Astro untuk mendapatkan penajaan untuk semua pasukan yang bertanding dalam liga Malaysia. Wahai Melayu bangsaku, walaupun terdesak sangat untuk menjatuhkan orang, tidak perlu untuk membandingkan saya dengan sesetengah individu yang hanya tunjukkan muka di stadium untuk berikan sokongan tetapi tidak menghulurkan satu sen pun untuk membantu bola sepak tanah air. Tidak perlu ke stadium hanya untuk kepentingan politik. Mana pergi individu ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila FAM atau bola sepak Malaysia susah dan memerlukan bantuan kewangan? Walau apa pun Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami.

ARTIKEL LAIN  Rekod Tanpa Kalah Manchester City Lebur, Liverpool Menang Nasib 4-3

Saya tidak berminat untuk berpura-pura tunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan. Saya tidak perlu sokongan sebab saya bukannya ahli politik. Jadi, sebelum nak mempertikaikan dan menghukum sesiapa, fikir dulu. Jangan malukan bangsa melayu dengan sikap busuk hati. Daripada pengalaman saya, jika dibandingkan dengan India atau Cina, kebanyakannya bangsa Melayu sahaja yang menghina Raja mereka setiap hari. Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari Raja Raja mereka.

Lagipun siapalah saya kerana apabila saya bersuara saya hanya berseorangan. Saya juga tidak mempunyai dan membayar ‘cybertroopers’ parti politik untuk memberi sokongan kepada saya seperti sesetengah individu lakukan. Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan.

Jika ada pihak yang bertanyakan dimana saya ketika ini, saya berada di luar negara sedang bercuti ketika ini. Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan.tmj siapa

Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak. Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari Negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.

Sumber: JOHOR Southern Tigers

siapa en.ibdillah

Hasil carian di google menunjukkan En.Ibdillah yang dimaksudkan adalah penyanyi, Jamal Abdillah

Ramai yang tertanya-tanya siapakah En.Ibdillah yang dimaksudkan oleh Tunku Mahkota Johor itu. Untuk tidak mengecewakan semua pembaca, dengan ini kami membuat siasatan awal menerusi google dan hasil carian di google. Gambar yang terpapar di google adalah penyanyi, Jamal Abdillah. Sudah tentulah bukan dia orangnya! Jadi siapaakah En.Ibdillah yang dimaksudkan oleh TMJ?

Jika anda ada sebarang info mengenai En.Ibdillah sila komen di bawah ini.

Prev Article
Next Article

2 Comments

  1. Ww

    Ibdillah ishak exco pemuda umno

    August 19, 2017
  2. sabree hussin

    Misteri sungguh. Siapa pulak si Ibdillah tu.

    August 23, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Juan Martin Lucero
    JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero …
    December 29, 2016 0
  • Keputusan Kelantan vs Pulau Pinang
    Tonton Live Streaming Keputusan Kelantan vs Pulau …
    April 15, 2017 0
  • Gol Tercantik Pemain Malaysia Bertanding Anugerah FIFA Puskás Award 2016
    Gol Tercantik Pemain Malaysia Bertanding Anugerah FIFA …
    November 23, 2016 0
  • barcelona ayam ayamkan mu
    Video Penuh Barcelona Ayam-Ayamkan Manchester United 3-0
    April 17, 2019 0
  • Live-streaming-keputusan-Kelantan-vs-Sime-Darby-25.7.2015
    Tonton Online Siaran Langsung Kelantan VS Sime …
    July 25, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)