BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks Makan Shell Out

ammar

Penyokong Kelantan Mengamuk(Lihat Gambar) Penyokong Kelantan Mengamuk Bakar Suar, Pemain Rileks Makan Shell Out

Perlawanan Liga Super 2017 antara Kelatan dan Johor Darul Takzim(JDT) malam tadi sedikit tegang setelah pasukan Kelantan kalah 2-3 kepada JDT.

Pada mulanya Kelantan mendahului dengan 2-0 tetapi beberapa minit kemudian JDT bangkit dengan 3 gol meninggalkan Kelantan.

Kekalahan Kelantan kepada Johor Darul Takzim(JDT) menyebabkan perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam tadi apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan.

Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2.

Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati. Lihat video di bawah:

Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Tiada insiden buruk berlaku.

Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera.

Disebalik kemarahan penyokong Kelantan itu, lain pula cerita pemain Kelantan dan JDT.

Beberapa keping gambar mula tular di media sosial kelihatan kedua-dua pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim(JDT) kelihatan santai makan “shell out” bersama selepas tamat perlawanan malam tadi.

Walaupun mereka ‘bermusuh’ dipadang tapi diluar padang mereka bersahabat baik. Inilah contoh yang baik perlu kita ikut. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Diharap penyokong pasukan Kelantan dapat menerima kekalahan malam tadi dan marilah kita “ber shell out”.

ARTIKEL LAIN  Untuk Pertama Kali, UiTM FC Layak ke Pusingan Piala Malaysia?
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Perak FA
    Setaraf JDT, Inilah Senarai Penuh Pemain Perak …
    December 29, 2016 0
  • TMJ Letak Jawatan Presiden
    TMJ Letak Jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak …
    April 9, 2017 1
  • Finalis The FIFA Puskas Awards 2017
    Ini Dia 3 Finalis The FIFA Puskas …
    October 11, 2017 0
  • gol safawi rasid
    Padu Nak Mampos! Video Gol Safawi Rasid …
    June 15, 2023 0
  • AS-Roma-vs-Barcelona
    Aksi Pemain Barcelona Diayam-Ayamkan AS Roma 3-0
    April 11, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)