BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

eGTUKAR: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online

Islah Ibrahim October 25, 2022

Profesion sebagai guru pastinya menjadi lebih mencabar apabila seorang guru itu mempunyai ahli keluarga anak dan suami/isteri yang perlu diuruskan, dalam kesibukan menguruskan keluarga, komitmen sebagai seorang guru yang juga kakitangan awam juga wajib dilaksanakan dengan baik. Kali ini penulis berkongsi mengenai bagaimana menggunakan egtukar cara semak dan mohon pertukaran guru.

Situasi menjadi seorang guru akan menjadi lebih sukar, sekiranya terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga disebabkan penempatan lokasi bertugas berjauhan dari tempat tinggal yang diduduki sekarang. Hal ini banyak berlaku kepada guru-guru ‘fresh graduate’ yang baru sahaja mendapat penempatan. Bagi yang masih belum berkahwin, tiada masalah, tetapi yang sudah berkeluarga, ianya adalah ujian dalam kehidupan berkeluarga.

Saban hari kita juga banyak mendengar kes-kes krisis keluarga seperti perceraian turut sama berlaku dari kalangan golongan guru kerana tidak dapat menguruskan ujian ini sebaik mungkin.

Setiap tahun, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan egtukar kepada para guru untuk membuat permohonan pertukaran secara dalam talian.

Untuk makluman para guru, permohonan pertukaran ini akan dibuka pada 1 Januari 2022. Guru yang berminat boleh memohon pertukaran ini hanya secara online sahaja. Guru-guru boleh memohon mengikut modul egtukar dan ianya melibatkan pertukaran diperingkat bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah untuk tahun 2022 berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Maklumat Terkini Pertukaran Guru 2022 Oleh KPM.

egtukar 2022 2023
eGTUKAR: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online 3

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa bermula dari tahun ini, permohonan pertukaran guru tidak lagi boleh disekat oleh pihak guru besar atau pengetua sekolah. Jika sebelum ini, kuasa kelulusan ini diberikan kepada guru besar atau pengetua.

Beliau juga berkata, kali ini pertukaran guru juga ditambah baik daripada dua kali setahun kepada empat kali setahun. Ianya diharap dapat menjadi berita gembira buat para guru.

Datuk Radzi Jidin berkata, pertukaran dilakukan setiap Mac, Jun, September dan Disember ,ianya juga tertakluk kepada kesesuaian lokasi penempatan guru serta melibatkan pilihan matapelajaran di negeri berkenaan. Menurut satu laporan dari Bernama.

Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab KPM untuk memastikan seorang guru itu boleh mengajar matapelajaran selain dari ikhtisas kelayakan mereka. Ini akan memberikan kelebihan kepada guru berkenaan semasa membuat permohonan pertukaran.

Ini adalah usaha KPM untuk menambah baik semula infrastruktur sistem pendidikan negara.

Cara Semak dan Mohon eG-Tukar

Sebelum membuat permohonan eG-Tukar, para guru perlu memberikan perhatian kepada 3 perkara ini. Selepas memahami maklumat ini, guru-guru boleh teruskan langkah-langkah untuk egtukar 2022 Cara Semak & Mohon Pertukaran Guru.

ARTIKEL LAIN  Menu Tealive: Cara Order & Harga 2022

1. Tarikh Permohonan, kemaskini terkini.

Guru boleh membuat permohonan bermula 1 Januari 2022 dan prosesnya adalah setiap empat kali setahun, berbanding dua kali setahun sebelum ini. Berikut adalah video kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

2. Syarat Memohon Pertukaran eG-Tukar: Cara Semak & Mohon

  • Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan memberikan kelulusan sekiranya negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
  • Guru tidak dibenar ditukarkan selagi tidak menerima surat makluman kelulusan bertukar dari jabatan pendidikan negeri yang asal. Guru juga mesti menerima surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang telah diluluskan.
  • Permohonan pembatalan pertukaran tidak akan dilayan sekiranya permohonan telah diluluskan.
  • Keputusan penempatan ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri/ pejabat pendidikan daerah/ bahagian-bahagian yang melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Guru Yang Hilang Kelayakan Memohon Pertukaran

Disini dinyatakan senarai guru yang tidak layak untuk membuat permohonan pertukaran:

  • Guru berstatus interim yang menjalani kursus semasa bercuti (KDC)
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji/separuh gaji
  • Guru yang sedang menjalai kursus atau cuti belajar
  • Guru yang dikenakan tindakan tatatertib dan sedang menjalani hukuman
  • Guru berpangkat DG42 dan belum dinaikkan pangkat
  • Guru cemerlang yang sedang memangku jawatan dan yang belum dinaikkan pangkat

eG-Tukar: Cara Semak dan Mohon Pertukaran Guru

Para guru adalah dimaklumkan bawah urusan permohonan egtukar ini hanya boleh dilakukan melalui atas talian sahaja. Guru-guru mestilah menggunakan sistem egtukar.

Guru hendaklah memastikan maklumat yang dikemaskini adalah melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan mendapat pengesahan oleh pihak pentadbir sekolah, sebelum membuat permohonan. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal di kemudian hari.

Para guru tidak dibenarkan membuat permohonan secara manual dan permohonan hendaklah dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan.

Guru-guru boleh layari ke laman sesawang rasmi pada pautan https://epgo.moe.gov.my untuk membuat permohonan pertukaran.

Cara Login Ke sistem eG-Tukar & Buat Semakan

egtukar
eGTUKAR: Semakan & Permohonan Pertukaran Guru Online 4

Ikuti langkah-langkah login dan semak permohonan

  1. Layari laman web egtukar pada pautan https://epgo.moe.gov.my
  2. Isi ID Pengguna, kata laluan dan No Kad Pengenalan anda
  3. Pilih OK
  4. Anda telah berjaya masuk ke sistem eG-Tukar
  5. Pilih bahagian PERMOHONAN
  6. Isi dengan lengkap maklumat permohonan
  7. Ikuti arahan untuk memuatnaik dokumen yang dikehendaki
  8. Setelah selesai mengisi permohonan egtukar, klik butang HANTAR
  9. Sila simpan slip permohonan anda
  10. Anda juga boleh mencetak permohonan tersebut sebagai bukti jika diperlukan
  11. Langkah terakhir, anda boleh keluar dari sistem selepas selesai membuat permohonan pertukaran

NOTA PENTING: Para guru hendaklah memastikan semua maklumat semasa guru telah dikemaskini melalui modul pengurusan guru E-Operasi dan mendapat pengesahan dari pihak pentadbir sekolah sebelum bertindak membuat permohonan , ini bagi mengelakkan masalah teknikal.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • SYARAT DAN PROSEDUR SKIM PINJAMAN TEKUN NASIONAL
    Syarat dan Prosedur Skim Pinjaman TEKUN Nasional …
    April 2, 2014 107
  • pure white background 85a2a7fd 10
    Cuti Umum Selangor 2023 dan 2022 (Hari …
    November 28, 2022 0
  • tabung haji 840581 20191215105943
    Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022: Terkini 3.10%
    November 16, 2022 0
  • petua bibir pink.jpg
    Petua Buat Bibir Pink Semulajadi
    April 19, 2016 0
  • Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Semenanjung Malaysia 2022
    Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Semenanjung …
    October 18, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)